6 fakta menarik tetapi kelakar? jom baca disini.

Assalamualaikum dan salam semalaya.
sekadar hiasan.
Erm kali ini sebayu ingin berkongsi dengan anda berkenaan 6 fakta menarik dan kelakar tetapi hakikatnya membawa atau menjadi salah satu pemangkin berlakunya permanasan global. Fakta ini dipetik daripada buku terjemahan 100 Things You SHOULD about SAVING THE EARTH.

Jom sama – sama kita membaca fakta – fakta yang menarik ini:

*      Percaya ATAU Tidak.

Ahli Sains berpendapat bahawa paras laut mungkin meningkat sebanyak satu meter atau lebih menjelang tahun 2100. Tiga juta tahun dahulu, Bumi adalah lebih panas, bacaan paras air laut adalah 200 meter lebih tinggi berbanding dengan hari ini. Maka, kita mungkin akan akan menghadapi keadaan yang sama lagi.

*      Jom Senaman.

Berjalan kaki ialah senaman yang bagus dan membantu kamu kekal sihat selain daripada mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Cuba kamu kira langkah kamu untuk setiap hari.Berapa banyakkah kamu boleh melangkah? 3,000 atau 5,000 atau 10,000?

*      Terbakar?

Bagi mentol lampu jenis lama ini, hanya 10 peratus daripada elektrik yang digunakan akan bertukar menjadi cahaya. Tenaga yang selebihnya pula bertukar menjadi haba sisa. Haba sisa inilah yang membuatkan mentol terbakar dengan lebih cepat.

sekadar hiasan

*      Lampin pakai buang?
Percayakah anda,lampin pakai buang yang kian popular dan kini menjadi satu keperluan mengambil masa 500 tahun untuk lupus.Bayangkan Bumi kita dipenuhi lampin berbanding manusia dan haiwan.

sekadar hiasan

*      Kentut Lembu?

Dalam satu hari, seekor lembu mampu membebaskan 500 liter gas metana.Ia sudah cukup untuk memenuhkan lebih daripada 100 biji belon.

sekadar hiasan

*      Kentut Lembu – Rumah Hijau.

Lembu dan haiwan lain yang meragut rumput akan kentut semasa ia mencernakan rumput yang dimakan. Gas ini mengandungi metana, iaitu gas rumah hijau. Selain daripada pembakaran bahan api, ia adalah salah satu penyebab utama pemanasan global. Ahli Sains sedang membuat kajian untuk memberi makanan jenis lain kepada lembu bagi mengurangkan kandungan gas metana.

1 Response to "6 fakta menarik tetapi kelakar? jom baca disini."

  1. ~sHy~ says:
    January 13, 2011 at 3:14 AM

    shaiful shafian aka rumet faris telah join blog kamu..hehehe..nice blog.:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.