APA IMPIAN AKU???

Assalamualaikum .

Perghh...sebut fasal impian,setiap orang ada impian.Bukan impian Impiana pula..hehe.Erm impian..sebut fasal impian tentulah merujuk kepada perkara yang kita impi - impikan atau yang kita mahu.betulkan.Impian kita ini lebih kepada kehendak kita.

Setiap orang mesti ada impian.Kalau tiada impian,macam tak lengkap pula hidup kita sebabnya kita manusia ini ada perasaan dan perasan...hahaha.gurau je.Setiap orang impikan kita hidup bahagia, dapat beli atau borang pakaian dan kasut yang berjenama atau sesuai,impikan suami atau isteri yang soleh,handsome dan cun melecun...

Apa yang bagus mengenai IMPIAN ialah apabila kita ada impian atau perkara yang kita mahukan,maka kita akan berusaha untuk mendapatkannya.Ala,contoh paling sesuai ialah macam anda mengorat seorang awek (perempuan) yang cun, baik dan manja..hehe.

Erm kalau bab impian ini,aku ada impian yang aku bak sangat - sangat capai.Banyak benda dan perkara nak sentuh atau sebut dekat sini tetapi biarlah rahsia.Cuma aku nak kongsi impian aku ialah dua perkara aku nak mliki sangat iaitu pertama. (tengok gambar di bawah ini)

Ninja Kawasaki model terbaru.
Wah...meremang bulu ketiakku dengan bulu telinga aku kalau tengok motor Ninja Kawasaki ini.... bilalah nak jadikan aku tuan kamu wahai motor pujaan aku...huhuhu... dalam hatiku "sabarlah.ada rezeki dengan usaha,akan aku usha dan miliki juga motor ini...heheh.amin.


Satu lagi yang aku nak kongsi dengan anda semua ialah ( dibawah ini)

Honda Type R

Erm Honda Type R...pergh..bergaya betul aku tengok kereta Honda Type R ini... 


Erm harap - harap aku dapat miliki motor dan kereta impian aku ini...hehhe.tak salah kalau kita menanam cita - cita atau impian ini untuk memberi semangat atau motivasi pada diri kita. Jadi,pastikan anda ada motor dan kereta impian anda. Kalau anda pun minat juga kereta dan motor kesukaan aku ini, jom kita pergi beli ramai - ramai...hehehe

0 Response to "APA IMPIAN AKU???"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.