Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012

Assalamualaikum dan salam semalaya

Diam tak diam hari ini dah 1 oktober 2011.Sekejap sahaja rasa masa berlalu pergi. Zaman gila - gila remaja semakin lama semakin pudar (tak sehappy zaman universiti) - almaklumlah dah masuk peringkat umur bekerja.so hidup must go on - kata orang belajar untuk dapatkan ilmu.dengan ilmu kita dapatkan kerja yang HALAL...betulkan.

Erm kalau dahulu,sebut sahaja KPLI....confirm ramai yang apply.BSN lah jadi mangsanya coz kita kena beli pin KPLI untuk mohon secara online.Sebayu ingat lagi zaman tu last semester pengajian.Perghhh KPLI dengan tawaran yang sangat menarik.Boleh dikatakan semua subjek teknikal dan bahasa ditawarkan. Kira untunglah zaman tu orang yang apply KPLI....tapi berbeza zaman sekarang termasuklah yang terkini.Subjek begitu terhad ditawarkan untuk mereka yang ingin berkecimpung dalam kerjaya perguruan. Tak dinafikan puluhan ribu yang ingin mengisi ratusan atau puluhan profesion guru disebabkan faktor pengangguran (tidak mendapat peluang kerjaya lain) atau lebih mudah mahu mendapatkan pekerjaan yang tetap (kerajaan).Tetapi bagaimana dengan individu yang begitu minat dengan profesion guru tetapi tidak mendapat berpeluang seperti mereka yang telah dianugerahkan ijazah dalam pendidikan.

Daripada pemerhatian dan perbualan secara tidak langsung kebanyakan mereka yang berpeluang mendapatkan atau melanjutkan pelajaran dalam ijazah pendidikan terdiri daripada mereka yang hakikatnya tidak berminat dalam bidang perguruan (kurang berminat dalam kerjaya guru tetapi terpilih dalam ujian medsi umpamanya).Sebayu bukan cuba untuk melihat kerelevenan ujian Medsi tetapi dari sudut ini sebayu melihat kepada "rezeki". Kita sedia maklum apa - apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah swt. 
Erm panjang pula sebayu berbicara.Apa apa pun pasti yang dah tahu KPLI ambilan januari 2012 dah keluar.Macam biasa beli nombor pin di BSN. KPLI kali ini sebenarnya untuk pemohon J-Qaf. Peluang bagi mereka yang berlatarbelakangkan ijazah dalam  Pendidikan Islam terbuka luas.

Semoga Berjaya.
berikut merupakan maklumat yang boleh dikongsi bersama.Yang selebihnya boleh anda lawati di laman web rasmi kementerian.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS


Calon-calon hendaklah: 


Warganegara Malaysia.

Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.

Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi. 



wassalam 

No comments:

Post a Comment