GRADUAN:pengambilan pelatih bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB

Assalamualaikum dan salam semalaya

Macam biasa sebayu akan kongsikan bersama iklan mengenai kerjaya. JOM SERTAI MEREKA.

PEMILIHAN TERBUKA:

Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.
INTRO
TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia.TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.

SASARAN

Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA):

• Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
• Kejuruteraan Awam
• Sains Komputer
• Kejuruteraan Komputer
• Teknologi Maklumat
• Undang-undang
• Sumber Manusia / Pengurusan Perniagaan

SYARAT TAMBAHAN:
• PNGK: 2.50 hingga 2.99
• SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
• umur tidak melebihi 28 tahun.
• sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
• graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat; dan
• graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)

PUSAT PEMILIHAN:
• Tarikh: 29 Oktober, 2011 (Sabtu)
• Masa: 9.00pagi - 4.00petang
• Tempat: Pusat JobsMalaysia, Tingkat Bawah, Blok 3440, Bangunan EB 1, Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

LAIN-LAIN:
• Program latihan akan bermula bulan November 2011 dan Januari 2012
• Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
• Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah.
• Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
• Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
• Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.


PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME
SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN


Untuk makluman lanjut,sila layari laman sesawang  jobmalaysia

No comments:

Post a Comment