love .UM. xoxo

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm agaknya sudah lama sebayu tidak meng "update" blog rakan semalaya ni. Al maklumlah banyak komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Lagi pun tujuan sebayu menulis atau membina blog rakansemalaya ini pun bertujuan santai sahaja.Sebabnya sebayu bukanlah penulis yang aktif dalam sebarang penulisan..


Sekarang sebayu sedang bercuti di kampung.Alhamdulillah, baru - baru ni adik sebayu telah menerima tawaran daripada UUM,Sintok,Kedah. Melihat akan kesibukan dia dalam melangkah ke menara gading, teringat pila zaman universiti sebayu dahulu...yelah semasa di universiti sebayu bolehlah dikatakan aktif dalam melibatkan diri dalam persatuan dan badan beruniform (SUKSIS). Banyak kenangan yang mampu dikutip semasa era universiti dahulu.Tak kiralah pengalaman suka atau duka tapi kalau dikenang balik memang satu pengalaman yang tidak dapat kita peroleh atau dicerita.Hanya gambar dan laman sosial seperti facebook sahaja yang menjadi medium dalam meneruskan persahabatan tersebut.Nak jumpa memang susahlah sebab masing - masing berlainan negeri dan tempat.Tidak lupa juga kepada kekawan yang sesudah belajar kembali ke Indonesia.

Semalam,sesudah solat subuh sebayu buka laptop.Ada software video yang sebayu tak pernah guna.So,sebayu ambil kesempatan mencubanya.Hasilnya =bolehlah sebab proses nak buat video ni pun sekejap sahaja.Lebih kurang 2 jam lebih.Software ni pun macam xngam je dengan window 7.Asyik hang je.Software ni  pun biasa sahaja.macam video movie maker. 

Dekat sini, sebayu share kan video tersebut.




sekian...terima kasih. Selamat Berpuasa.

No comments:

Post a Comment