Assalamualaikum dan salam semalaya.
Tarikh 14 Novermber 2011 merupakan satu tarikh yang mendebarkan bagi mereka yang berumur 17 tahun. Sesiapa yang tak kenal dengan peperiksaan penting ini.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiap tahun peperiksaan ini dijalankan. Hati mana yang tak takut dengan peperiksaan ini melainkan mereka yang tidak berminat dengan pelajaran dan sekadar memikirkan kehidupan yang mudah mendatang.Sungguh kasihan dan sedih melihat golongan pelajar yang mengambil remeh dengan perkara ini. Bagi mereka,peperiksaan UPSR,PMR dan SPM sekadar peperiksaan yang harus mereka duduki tanpa mengira apa keputusan peperiksaan tersebut dan impak mendatang dalam kehidupan mereka.
Sebayu bukan nak memberi komen berkenaan isu malas nak belajar atau teknik belajar.Cuma kali ini sebayu mahu kongsikan doa - doa yang boleh dijadikan amalan sebelum,semasa dan selepas peperiksaan.Tidak kiralah apa -apa peperiksaan pun,kita sebagai umat Islam harus ingat bahawa apa - apa yang kita usahakan di dunia ini adalah apa yang dirancang oleh Allah. Allah senantiasa mahu kita berusaha dan kita sebagai hamba-Nya harus berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan yang kita rancang. Namun,harus diingat,usaha kita itu haruslah didasari dengan usaha yang halal dan selepas berusaha kita hendaklah memohon keredhaan Allah dengan apa yang kita usahakan.
Keredhaan Allah amat penting. Jangan terkejut sekiranya anda mendengar orang yang tidak pernah solat,berdoa dan melakukan usaha yang halal boleh pula berjaya?.Sebenarnya isu ini pernah sebayu bertanya pada orang yang arif dalam agama.Ustaz tersebut menjawab,keberkatan dan keredhaan Allah dalam sesuatu usaha atau kejayaan seseorang amat penting kerana ianya merangkumi kesuluruhan hidup kita.
Erm dah panjang pula sebayu mengarang di sini.Tujuan asal satu je,mahu kongsikan bersama doa -doa peperiksaan untuk adik - adik sebayu yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2011 pada 14 november 2011 (isnin).
Selamat membaca,beramal dan berusaha yang terbaik.
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
p/s: Jom kita rakyat Malaysia berdoa agar pelajar - pelajar yang menduduki SPM 2011 pada 14 November ini berjaya dalam menghadapi peperiksaan penting ini.Amin
Kepada adikku Fatin Mahfuzah, rajinlah berusaha dan buat yang terbaik.Kejayaan akan senantiasa mengiringimu selagi usaha + doa + tawakal menjadi pegangan teguh. Amin.