MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Syukur Alhamdulillah dan pujian ke hadrat Ilahi kerana memberi kemenangan kepada Harimau Muda Malaya dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011 dalam bola sepak bawah 23 . TAHNIAH kepada pemain Harimau Malaya yang bermain bersungguh - sungguh bagi mengharumkan nama negara. Mereka terdiri daripada : 


Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.

Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani.



Tanpa mereka siapalah kita dalam memburu kemenangan ini. Bayangkan kita bermain dihadapan lebih daripada 100 ribu penyokong fanatik Garuda iaitu Indonesia. Berhadapan dengan pasukan yang profesional dan hebat ini sebenarnya tidak mematahkan semangat Harimau Malaya untuk terus melebarkan takhta dalam memegang kejuaraan dalam kancah bola sepak. Meskipun masih muda dan kebanyakan pemain Harimau Muda ini tidak banyak terlibat dalam mencabar pasukan -pasukan peringkat antarabangsa seperti mana skuad senior,namun mereka membuktikan mereka juga mampu mempamerkan aksi hebat dan kejuaraan ini menjadikan mereka sebaris dengan pemain Harimau Malaya yang berpengalaman seperti Safee , Syafiq Rahim dan pemain profesional lain.

Bayangkan sebayu pada separuh masa pertama duduk semeja dengan penyokong fanatik Indonesia dan Malaysia. Mulanya sebayu senyap sahaja...tapi dalam hati....bergelora. Saat indonesia menjaringkan gol pertama,wajah geram,sedih dan mengeluh kedengaran di celah - celah penyokong di kedai mamak ini. Hujan dah mula renyai membasahi kepala sebayu.... tapi sebayu tak nak bangun lagi selagi Malaysia tak buat gol... AKHIRNYA..... TAK DISANGKA..GOLLLLLLLL...MALAYSIA GOLLLLLLLL.... apa nak tunggu lagiii..berlari - lari sekumpulan penyokong Malaysia ni ke arah penyokong Indonesia ...melompat kegembiraan...Alhamdulilllah.... sungguh mendebarkan...dan sangat menakutkan sebenarnya.


Saat paling mencemaskan apabila Garuda mengheret HARIMAU MALAYA ke penalti.... dalam hati sebayu mengucap banyak-banyak.takut sangat - sangat.Mana tak ye.... penalti sebenarnya bagi diri sebayu ialah 70% ialah NASIB dan 30% ialah skill atau bergantung kepada pemain tersebut. Ttetapi dengan berkat DOA dan kesungguhan pemain Malaysia bermain membuahkan hasil.....SYUKUR.

Kepada Indonesia...anda bukan kalah dalam perlawanan ini.Cuma pasti ada akan yang Menang dan Kalah dan KEMENANGAN kali ini MILIK HARIMAU MALAYA. Maafkan kami Garuda. Garuda tetap bermain dalam permainan yang profesional dan mantap. Cuma Harimau Malaya terlebih dahulu Harimau Malaya menyambar kemenangan ini.....TAHNIAH SEKALI LAGI.
Apa - apa pun tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya... Rabu ini jangan lupa untuk memburu kemenangan dalam kelayakan Sukan Olimpik nanti... Rehat secukupnya dan pastikan ngauman kita terus kedengaran sehinggakan menggetarkan sesiapa yang mendengarnya


Wassalam


No comments:

Post a Comment