PAGI MENDATANG


Assalamualaikum dan salam semalaya.

Kampung Oh Kampung. Siapalah yang tak rindukan kampung…betul x? Tapi tak tahulah pula kalau yang tiada kampung…. Ataupun yang pura-pura tiada kampung (almaklumlah kacang lupakan kulit). Itu pendirian dan pendapat masing –masing.Bagi aku,kampung ialah tempat yang aku paling suka.Penuh dengan kedamaian,jauh dari kesesakan lalu lintas,pencemaran dan pelbagai.Tidak bermaksud aku nak terangkan bahawa Bandar bukanlah tempat terbaik.Aku akui Bandar sekarang menjadi tempat aku mencari rezeki yang halal.Cuma jauh dalam sudut hati aku,teringat kat kampung. Sebab tu aku kalau boleh akan plan setiap bulan atau 2 bulan aku akan balik kampung walaupun cuti 2 hari. Bila balik kampung,tenang hati. Kerja-kerja yang berlambak di KL mudah sahaja aku lupakan (melainkan perkara yang penting-penting sahaja).


Pagi di kampung,

Aku akan lepak di beranda rumah aku.Takkan plak nak lepak kat beranda rumah orang lain plak.hehhehe.Termenung melihat keindahan ciptaan Allah swt.Alhamdulillah… syukur. Udara yang sejuk,bunyi burung berkicauan,tengok burung berterbangan mencari rezeki pagi.Teringat plak kata professor aku.Profesor aku sangat marah kalau dengar ada student nya yang liat bangun pagi.Prof aku kata bangun pagi dapat murahkan rezeki sebab rezeki datang pada waktu pagi. Tapi hakikatnya kalau time student dahulu memang waktu pagi ni liatlah nak bangun.Beza dekat aku ialah aku suksis.Nak atau tak nak,pukul 6pagi kena bangun dah.Kalau tak,panas je telinga aku kena berleter dengan Tuan Ismail.hahhaa.

Pagi di kampung.

Selalunya mak aku akan bancuh air dan goreng apa yang patut.Aku plak ikut keadaan.Selalunya aku tak makan pagi….nanti sakit perut..aduiiii. Kalau aku bangun awal…maknanya sebelum subuh atau sesudah subuh,aku akan dongak ke langit dan menghembus bak macam gaya si perokok.Bukan apa,aku nak tengok asap (wap) keluar dari mulut aku….fuh terasa macam duk oversea plak…hehhhe. Pas tu aku akan tengok kenderaan lalu lalang depan rumah aku.Rumah aku berhadapan jalan dan di seberang sana pula terdapat sawah padi atau bendang.Best.

Pagi di kampung,