PAGI MENDATANG


Assalamualaikum dan salam semalaya.

Kampung Oh Kampung. Siapalah yang tak rindukan kampung…betul x? Tapi tak tahulah pula kalau yang tiada kampung…. Ataupun yang pura-pura tiada kampung (almaklumlah kacang lupakan kulit). Itu pendirian dan pendapat masing –masing.Bagi aku,kampung ialah tempat yang aku paling suka.Penuh dengan kedamaian,jauh dari kesesakan lalu lintas,pencemaran dan pelbagai.Tidak bermaksud aku nak terangkan bahawa Bandar bukanlah tempat terbaik.Aku akui Bandar sekarang menjadi tempat aku mencari rezeki yang halal.Cuma jauh dalam sudut hati aku,teringat kat kampung. Sebab tu aku kalau boleh akan plan setiap bulan atau 2 bulan aku akan balik kampung walaupun cuti 2 hari. Bila balik kampung,tenang hati. Kerja-kerja yang berlambak di KL mudah sahaja aku lupakan (melainkan perkara yang penting-penting sahaja).


Pagi di kampung,

Aku akan lepak di beranda rumah aku.Takkan plak nak lepak kat beranda rumah orang lain plak.hehhehe.Termenung melihat keindahan ciptaan Allah swt.Alhamdulillah… syukur. Udara yang sejuk,bunyi burung berkicauan,tengok burung berterbangan mencari rezeki pagi.Teringat plak kata professor aku.Profesor aku sangat marah kalau dengar ada student nya yang liat bangun pagi.Prof aku kata bangun pagi dapat murahkan rezeki sebab rezeki datang pada waktu pagi. Tapi hakikatnya kalau time student dahulu memang waktu pagi ni liatlah nak bangun.Beza dekat aku ialah aku suksis.Nak atau tak nak,pukul 6pagi kena bangun dah.Kalau tak,panas je telinga aku kena berleter dengan Tuan Ismail.hahhaa.

Pagi di kampung.

Selalunya mak aku akan bancuh air dan goreng apa yang patut.Aku plak ikut keadaan.Selalunya aku tak makan pagi….nanti sakit perut..aduiiii. Kalau aku bangun awal…maknanya sebelum subuh atau sesudah subuh,aku akan dongak ke langit dan menghembus bak macam gaya si perokok.Bukan apa,aku nak tengok asap (wap) keluar dari mulut aku….fuh terasa macam duk oversea plak…hehhhe. Pas tu aku akan tengok kenderaan lalu lalang depan rumah aku.Rumah aku berhadapan jalan dan di seberang sana pula terdapat sawah padi atau bendang.Best.

Pagi di kampung,

Mak aku akan cakap “tak nak beli nasi lemak ke kat kedai Sazali”… confirmlah aku nak..hehhee.Aku suka nasi lemak kat kedai tu sebab sambal dan ikan bilis yang sedap…nyum3.

Pagi di Bandar,

Bangun pagi…itupun kalau terbangun… solat subuh….pas tu..tengok keliling jap.Erm yang ada depan aku flat – flat yang diterangi cahaya bilik.Boring.Pas tu tengok kawan – kawan….masing2 dalam bilik.Erm macam biasa…aku pun tito balik…kalau tak tito aku akan tengok tv..layan MHI TV3.Kalau internet ok,aku surfing internet je.Baca paper.Cuma aku agak ackward sikit kalau baca online paper.Aku nak hard copy….baru puas hati nak baca semua..pendirian masing-masing.hhehehe.

Pagi di bandar.

Aduhai pagi tadi bising.Gaduh ntah apa ntah. Tempat aku kat sini memang crowded gila.Double parking plak tu.Ada sahaja yang akan membunyikan hon.Amaran supaya kereta dialihkan.Kasihan.Boleh dikatakan setiap kereta akan ada kesan geseran pada sisi kereta mereka.Terbaik.. Yang peliknya ada penduduk kat sini siap booking tempat kereta plak.So sesiapa yang baharu pindah ke sini macam mana? Mahu tak mahu kena parking nun diluar sana.Diseberang jalan plak tu..lagi satu terbaiiikkk.

Begitulah pagi-pagi mendatang.Mungkin dah kahwin nanti lain plak.InsyaAllah.Semoga dipermudahkan rezeki bagiku,keluargaku dan muslimin dan muslimin sekalian.

Walau bagaimanapun,setiap orang ada pandangan sendiri.Ini sekadar aku mencoret di blog usang aku ni sahaja.Sekadar meluahkan perasaan.Namun,aku tetap bersyukur sebab masih berkesempatan untuk hidup di bandar bagi mencari nafkah yang halal. Cuma nasihat aku,pandai-pandailah bawa diri.

0 Response to "PAGI MENDATANG"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.