Assalamualaikum dan salam semalaya
Selamat pagi semua.Alhamdulillah puji pujian bagi Allah Maha Pencipta kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan hidup. Bangun je pagi kita dapat melihat,merasa dan tersenyum.He.Bersyukur kita masih hidup.
Erm jomlah kita ceria ceriakan sedikit pagi-pagi ini.Sebayu ada beberapa cerita lawak yang boleh dikongsi bersama.Koleksi cerita lawak yang sebayu nak post ni bukan rekaan sebayu ye.Sebayu pun "bedal" je dari koleksi cerita lawak yang sebayu ada.Cuma mahu berkongsi sahaja.Kalau dah baca,gelak tawa anda confirm biasa-biasa je.Tapi yang belum baca jangan nak gelak sangat.Takut-takut gelak tawa anda didengari oleh pontianak.hehhee.
Ok jom kita baca sama-sama.Untuk bacaan santai sahaja.Maaflah bahasa cerita lawak sememangnya lari dari hukum bahasa.
**********Just fun...**********
****lawak 1***
Kisah 3 pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3
ekor pontianak. Memasing nak tunjuk siapa yang paling top meletop. Mereka pun mengadakan
sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi
kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat,
tak sampai 2 minit dah balik. Perghhh macam pelesit plak.Mukanya penuh
dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "korang nampak
kampung kat seberang bukit itu ?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk,
"Hah, nampak. "Satu kampung tuuuuu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Menyirap je darah dan angin kentut jugak dua ekor pontianak tu
dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu
pulak. Dia pun pergi selaju mungkin seperti ferrari membelah highway karak , tak sampai 1 minit dah balik, mukanya
juga penuh dengan cucuran darah."korang nampak Bandar tu ?", katanya
dengan muker yg kerek "hahah,nampak", yang dua ngangguk juga.
"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",