Assalammualaikum dan salam semalaya
Hai semua.lama dah tak update blog rakansemalaya ni.Hari ni saya terpanggil lah untuk memberi sedikit tips atau bayangan asas kepada mereka yang akan menduduki temuduga Pembantu Antidadah S19.
Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan ini tidaklah menyamai 100% apa yang akan ditanya nanti.Sekadar berkongsi tidak salahkan...
Baik,bagi mereka yang sedang sibuk nak mencari apa yang kena study dalam temuduga untuk jawatan ni.
Cuba anda fokuskan dan cari apa yang saya senaraikan di bawah:
1) Apa skop atau bidang tugas pembantu dadah - untuk makluman,dalam AADK ni kerja multitasking .nanti dekat bawah saya cerita sikit ye.
2) Apa yang anda faham mengenai dadah,jenis dadah,penagih dadah dan pengguna dadah?
3) apa yang dimaksudkan dengan CCRC,C&C,CCSC dan CCH? Kemasukan secara...
4) Apa objektif dan matlamat AADK?
5) Baca sikit mengenai 3 unit/bahagian utama dalam AADK - Bahagian rawatan,perubatan dan pemulihan / Bahagian Pencegahan / Bahagian Penguatkuasa - apa objektif bahagian -bahagian tersebut
6)Kalau hebat,baca sikit mengenai ADB 1952 dan APD 1983 (contoh seksyen 3(1)(a) APD
7) Bacalah siapa Ketua Pengarah AADK, Timbalan,CCRC berdekatan anda di mana
8)Pendapat anda mengenai tanggungjawab masyarakat dan anda sebagai masyarakat dalam membasmi dadah.
9) kekuatan anda - apa sebab panel nak ambil anda untuk menjawat jawatan ini dan apa kelebihan anda (emcee ke,workholic ke,join skuad aadk ke)
10)isu isu semasa - bacalah surat khabar - semua dihujung jari sahajakan....
contoh skop kerja pembantu antidadah s19
-membantu membuat pendaftaran klien (Orang Kena Pengawasan)
-membantu menjayakan program psikososial
-membantu menjayakan program pencegahan dadah di sekolah,di tempat kerja
-membantu menguatkuasakan penguatkuasaan undang2 APD 1983
baik itu sahaja yang saya nak share.saya tak kata semua akan keluar ye tetapi agaklah apa yang saya senaraikan sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mengenali AADK.Semoga bermanfaat.
Perangi dadah habis habisan...
No comments:
Post a Comment