KATAKAN TIDAK PADA GANJA


Assalamualaikum dan Salam Ramadan.



Ramadan ke-7.Ramadan kali ini sedikit berbeza daripada Ramadan sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Namun, bagi orang-orang yang beriman,mereka senantiasa menantikan bulan yang mulia ini walau apa jua keadaan. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.Baik hari ini sebayu nak berkongsi sedikit dari pembacaan sebayu mengenai jenis –jenis dadah di Malaysia.Sebayu bukan expert atau yang selayaknya untuk bercerita mengenai dadah,namun siapa sangka dengan hanya share info ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan pada mereka yang memerlukan atau sedikit kesedaran.



GANJA
Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).

Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama ‘cannabis sativa‘ atau hemp. Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang diguna. Nama biasa yang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash.

                                                                                                           (sumber :myhealth portal)







Kesan penyalahgunaan GANJA.

Apabila THC memasuki otak, ia akan memberikan kesan euphoria atau high kepada penggunanya dengan merangsangkan sistem ganjaran di otak (nucleus accumbens) kawasan yang memberikan tindakbalas kepada rangsangan seperti makan, minum ,seks dan sebagainya.THC bertindak mengaktifkan sistem ganjaran sama seperti yang dilakukan oleh dadah-dadah lain dengan merangsang sel-sel otak untuk membebaskan neurotransmitter dopamine.

Pengguna ganja akan mengalami keseronokan,melihat warna kelihatan lebih terang,mendengar bunyi lebih kuat,lebih beremosi dan sensitive,dan masa dirasakan bergerak dengan perlahan.Selepas kesan intoksikasi hilang,perasaan euphoria turut berlalu dan penggunanya akan merasa mengantuk.Antara reaksi daripada penggunaan kanabis ini ialah perasaan cemas,bimbang,syak wasangka,panic dan merasakan dirinya tidak terkawal lagi.Selalunya reaksi sebegini tidak disedari oleh pengguna kanabis,hanya mereka yang berada di sekelilingnya dapat mengesan perubahan tersebut.

BAHAGIAN KEPALA / OTAK
  •  Kurang daya kawalan keseimbangan
  • Kurang daya ingatan
  • Mudah Marah
  • Gila


PARU-PARU
  • Radang paru-paru
  • Barah paru-paru


HATI
  • Menekan pengeluaran enzim dalam hati


JANTUNG
  • Kadar denyutan bertambah cepat (50%)
  • Mengurangkan oksigen ke bahagian jantung


ORGAN PEMBIAKAN
  • Mengurangkan bilangan telur dalam ovary
  • Melahirkan bayi cacat


                                      Sumber : AADK



Justeru, fikir-fikirkan kerana setiap permasalahan pasti ada jawapan, setiap permulaan akan ada pengakhiran dan pengakhiran yang bagaimana anda inginkan dalam kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment