Pilihan 15 Jawatan Dalam SPA8i

Assalamualaikum dan salam semalaya.

BERITA BAIK!!!- Info mengenai pertambahan bilangan pilihan jawatan dalam borang SPA8i .

HAH... dah macam iklan untuk produk plak ayat kat atas.hehehe. Apa apa pun,janji info yang sebayu nak kongsikan sampai kepada mereka yang belum mengetahuinya.Mudahkan.Al maklumlah,sebelum ni kita sering je meng'update' pilihan jawatan kosong dalam borang SPA8i - budget buat macam tu sebab nak ikut jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh SPA.Nak atau tak,memang kena buat macam tu.Yelah,pilihan jawatan hanya 5. Lepas tu kekadang jawatan yang kita nak sangat tu ketentuan masa peperiksaannya bertindih dengan pilihan jawatan lain.Susahkan.

Maka, pertambahan bilangan jawatan ini daripada 5 pilihan ke 15 pilihan menunjukkan pihak SPA mengambil berat mengenai situasi graduan sekarang yang mahu memilih sektor awam sebagai dunia pekerjaan mereka kelak. Lambakan graduan di pasaran kekadang dibatasi dengan bidang atau latarbelakang pendidikan yang berbeza.Menurut pengalaman sebayu sendiri,kebanyakan sektor swasta terjerumus atau tertumpu kepada peluang pekerjaan berkaitan "marketing" atau pemasaran termasuklah kerjaya sebagai "call centre". Bukan memilih pekerjaan tetapi peluang pekerjaan kini seolah olah kian terhad.Sektor perguruan makin tipis peluangnya walhal dahulu sektor ini kurang mendapat perhatian.

Tak nak berceloteh panjang,sebayu kongsikan info yang sebayu ambil daripada laman web rasmi SPA:


Lepas baca info,akan ada pihak yang tidak berpuas hati.Almaklumlah,manusia tidak pernah kenal erti "puas hati".Semua manusia mahukan KESEMPURNAAN.Antara kritikan atau maklum balas nanti mungkin berbunyi sedemikian ini:

  1. letakkanlah banyak mana pilihan pun. Bukan SPA panggil aku pun. Layak tapi still tulis tidak melepasi syarat2 suruhanjaya.Apa "kebender" tu
  2. Erm bagus2.tapi lagi bagus kalau aku apply banyak lagi
  3. Oklah ni tapi yang xbest ye asyik "kantoi" je exam aku pergi. Sampai bila nak kantoi je.Bagi lah lepas..hehheh
  4. Aku dah apply tahun lepas lagi.Tapi tak pernah panggil pun.Aku calon tercicir ke?
  5. Aisey.. banyak pilihan mcm ni maksudnya makin susahlah aku nak dapat kerja kerajaan.Hati ni ikhlas nak kerja kerajaan tapi banyak plak halangan ye.

Erm ni andainya je yang sebayu maksudkan.Tapi mesti kena punya andaian ni.hahaha.Apa pun sebayu hargai usaha SPA dalam menambak baik proses pengambilan perkhidmatan awam. Cabaran demi cabaran terpaksa diteliti dan dikemaskini bagi mendapatkan calon yang berkelayakan diterima bekerja dalam sektor awam. Cuma kita yang tidak pernah jemu untuk mengisi Borang SPA8i ini haruslah terus berusaha+berdoa dan bertawakal.InsyaAllah... akan ada harapan nanti.amin

Kongsikan maklumat ini bersama ye.

SEMAKAN RAYUAN IPTA 2012/2013

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Kepada adik - adik yang GAGAL dalam kemasukan IPTA/POLITEKNIK PREMIER bagi sesi 2012/2013, adik - adik bolehlah membuat semakan segera pada link di bawah ini.







SILA KE LAMAN WEB RASMI --->>


Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada adik - adik yang tidak berjaya,jangan susah hati. Teruskan niat murni untuk terus belajar sama ada melalui STPM,IPTA atau IPTS.Malahan pelbagai institusi lain juga menanti adik.Yang penting kuatkan semangat untuk belajar.

EURO 2012 LIVE STREAMING

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Emmmm... demam Euro dah sampai sudah.Bagi sebayu yang menginap di teratak ala - ala kondomonium tak berkemampuan lagi nak melanggan siaran berbayar.Nak harapkan siaran percuma kenalah tengok jadual sebab tidak semua perlawanan siaran percuma oleh stesen tv tempatan siarkan.Nak turun kedai mamak,alahai malasnya.Best memang best sebab bersorak beramai - ramai tapi nak turun tu yang yang menjadi persoalan sikit So,alternatif terbaik ialah tengok perlawanan EURO 2012 melalui live streaming atau secara online.Bahan - bahan yang diperlukan ialah:

  • Laptop / pc
  • Broadband/streamy/Unifi (pendek kata internet).
  • kesabaran - bergantung pada kelajuan internet anda
  • teh yang siap dibancuh/atau kopi bersama keropok      

Erm kalau anda berkelayakan (mempunyai tools tersebut) apa lagi jom ke link ini. Dah buka website di bawah,click dekat perlawanan.Nanti akan keluar iklan.Tunggu beberapa saat and then bolehlah tengok secara live walaupun kekadang lambat 20 saat dari siaran berbayar.Yang penting urusan sukar dipermudahkan.




SELAMAT MENONTON

cinemaOHcinema

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm jom tengok filem terbaharu ini yang bakal menerjah wayang berdekatan...


incredible hulk!

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Perhatikan gambar di bawah ini...


komen anda???

bahaya kepala air!

Assalamualaikum dan salam semalaya.

info penting
Kepala air - Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Bahaya Kepala Air - Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan :
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu)
 
video 1.