Pilihan 15 Jawatan Dalam SPA8i

Assalamualaikum dan salam semalaya.

BERITA BAIK!!!- Info mengenai pertambahan bilangan pilihan jawatan dalam borang SPA8i .

HAH... dah macam iklan untuk produk plak ayat kat atas.hehehe. Apa apa pun,janji info yang sebayu nak kongsikan sampai kepada mereka yang belum mengetahuinya.Mudahkan.Al maklumlah,sebelum ni kita sering je meng'update' pilihan jawatan kosong dalam borang SPA8i - budget buat macam tu sebab nak ikut jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh SPA.Nak atau tak,memang kena buat macam tu.Yelah,pilihan jawatan hanya 5. Lepas tu kekadang jawatan yang kita nak sangat tu ketentuan masa peperiksaannya bertindih dengan pilihan jawatan lain.Susahkan.

Maka, pertambahan bilangan jawatan ini daripada 5 pilihan ke 15 pilihan menunjukkan pihak SPA mengambil berat mengenai situasi graduan sekarang yang mahu memilih sektor awam sebagai dunia pekerjaan mereka kelak. Lambakan graduan di pasaran kekadang dibatasi dengan bidang atau latarbelakang pendidikan yang berbeza.Menurut pengalaman sebayu sendiri,kebanyakan sektor swasta terjerumus atau tertumpu kepada peluang pekerjaan berkaitan "marketing" atau pemasaran termasuklah kerjaya sebagai "call centre". Bukan memilih pekerjaan tetapi peluang pekerjaan kini seolah olah kian terhad.Sektor perguruan makin tipis peluangnya walhal dahulu sektor ini kurang mendapat perhatian.

Tak nak berceloteh panjang,sebayu kongsikan info yang sebayu ambil daripada laman web rasmi SPA:


Lepas baca info,akan ada pihak yang tidak berpuas hati.Almaklumlah,manusia tidak pernah kenal erti "puas hati".Semua manusia mahukan KESEMPURNAAN.Antara kritikan atau maklum balas nanti mungkin berbunyi sedemikian ini:

  1. letakkanlah banyak mana pilihan pun. Bukan SPA panggil aku pun. Layak tapi still tulis tidak melepasi syarat2 suruhanjaya.Apa "kebender" tu
  2. Erm bagus2.tapi lagi bagus kalau aku apply banyak lagi
  3. Oklah ni tapi yang xbest ye asyik "kantoi" je exam aku pergi. Sampai bila nak kantoi je.Bagi lah lepas..hehheh
  4. Aku dah apply tahun lepas lagi.Tapi tak pernah panggil pun.Aku calon tercicir ke?
  5. Aisey.. banyak pilihan mcm ni maksudnya makin susahlah aku nak dapat kerja kerajaan.Hati ni ikhlas nak kerja kerajaan tapi banyak plak halangan ye.

Erm ni andainya je yang sebayu maksudkan.Tapi mesti kena punya andaian ni.hahaha.Apa pun sebayu hargai usaha SPA dalam menambak baik proses pengambilan perkhidmatan awam. Cabaran demi cabaran terpaksa diteliti dan dikemaskini bagi mendapatkan calon yang berkelayakan diterima bekerja dalam sektor awam. Cuma kita yang tidak pernah jemu untuk mengisi Borang SPA8i ini haruslah terus berusaha+berdoa dan bertawakal.InsyaAllah... akan ada harapan nanti.amin

Kongsikan maklumat ini bersama ye.

No comments:

Post a Comment