SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Salam Maulidur Rasul.Selawat junjungan ke atas Nabi Allah,Muhammad S.A.W.Maka,pada hari ini hendaklah kita memperbanyak selawat ke atas junjungan Nabi yang kita cintai.Bukan bermakna hari ini sahaja kita selawat,namun harus kita amalkan atau praktikkan pada setiap hari selagi kita masih bernyawa.Banyak kelebihan yang kita akan peroleh daripada selawat itu sendiri.

Banyak manfaat yang kita akan peroleh daripada selawat.Berikut sebayu kongsikan kelebihan berselawat mengikut hadith -hadith yang sering dikatakan oleh para pendakwah (sebayu kongsikan daripada beberapa blog yang sebayu rasa boleh kita baca bersama).

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]







 

No comments:

Post a Comment