SALAM RAMADAN 2013.

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt berikutan sehingga saat ini kita masih bernafas dan melihat kebesaaran Allah di bumi bertuah Malaysia ini.Moga Allah panjangkan umur kita untuk menempuh Ramadan yang penuh barakah ini.

Jika ditempat kerja kita seringkali dinasihatkan dan diperingat selalu akan KPI (key performance indicator) atau sasaran kerja kita.Tetapi bagaimana pula dalam soal agama? Adakah wujudnya KPI dalam agama kita? Bagi pendapat saya...WAJIB ADA.Mengapa?.Dengan adanya sasaran atau  target ini,maka kita semestinya mahu mencapai apa yang kita rancangkan.Betul tak?.

Jadi,Ramadan kali ini gunakan sebaik mungkin.Untuk Ramadan kali ini,pastikan kita telah letakkan sasaran kita.Maksudnya apa yang mahu kita mahu lakukan. KPI Ramadan 2013 anda tentukan.Penilai bagi KPI kita ialah Allah swt. Jadi rancang sebaik mungkin.Mungkin sebahagian anda bertekad mahu ke masjid mengerjakan solat terawih setiap malam,ada yang nak bersedekah lebih daripada bula-bulan biasa,ada yang tekad mahu khatam Al-Quran dan pelbagai lagi.Rajin-rajinlah membaca kelebihan bulan-bulan dalam Islam terutama bulan Ramadan.

Salam Ramadan.

No comments:

Post a Comment