6 SEBAB LELAKI TAK SUKA PAKAI HELMET



Asalammualaikum dan salam semalaya

Erm topic kali ni dah lama gila sebayu nak post.Ini FAKTA bukan AUTA taw….hehehe.Fakta ini hasil penyelidikan sebayu tanpa di sponsor oleh mana-mana pihak.Kelas gitu.Tapi kalau nak dijadikan sebagai bahan penyelidikan atau thesis pun boleh kot..hehe

OK.Kat sini sebayu nak kongsikan 6 alasan dan sebab musabab mengapa lelaki tak suka pakai helmet @ topi keledar.Kalau dia pakai pun sebab abang polis nun di hadapan tengah menunggu untuk diperiksa.Jom

  • 1    Kalau pakai topi keledar lama-lama,alahai habislah remos rambut aku..bukan senang nak wat pacak-pacak ini ala neymar.
  • 2.     Kalau bela haiwan ternakan seperti kutu dan sekaum dengannya…fuhhh gatal tahap gabanlah…macam nak campak je topi keledar dan guling-guling garu kepala…
  • 3.   Pakai helmet tak encem lah…sebab muka aku bulat..pakai helmet macam muka tak mandi je…dah lah helmet tak da visor…macam apek lah..
  • 4.      Helmet aku kena curilah!!!! buka saje-saje je tak nak pakai helmet….aku lempang kan!
  • 5.      Semalam hujan…helmet aku jadi kolam renang…tak sempat plak nak jemur…bau dah macam bau belacan.
  • 6.      Ikut suka akulah nak pakai atau tak… ada aku KISAH.

Erm sebenarnya banyak lagi alasan dan sebab yang selalu kita dengar .Betul tak.Ada yang pakai tapi tali keledar pula tak ketat.Orang yang memakai helmet tanpa tali keledar ibarat macam tak pakai topi keledar.Kalau dah tak nak pakai,banyak je alasan diberi.Untuk pengetahuan bersama,undang-undang mewajibkan kita memakai helmet atau topi keledar untuk keselamatan nyawa kita.Kita diwajibkan untuk menjaga nyawa kita sendiri.Pemakain helmet atau topi keledar ialah alternatif dalam mengurangkan atau mengelakkan berlakunya kecederaan pada kepala kita berikutan bahagian kepala sangat sensitif terhadap sebarang hentakan .

Bagi umat Islam,kita disarankan untuk membaca doa naik kenderaan.Jom baca.Semoga setiap perjalanan harian kita diredhai Allah dan selamat daripada sebarang musibah.


p/s: Magneto pun pakai helmet..anda bagaimana?

0 Response to "6 SEBAB LELAKI TAK SUKA PAKAI HELMET"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.