3 PERBEZAAN UTAMA TERHADAP GAYA "SHOPPING" LELAKI DAN WANITA.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm hah..masih membeli belah ke cik adik dan cik abang oiiii....oppsss cik abang pun kena shopping ke?

Kekadang rasa kurang selesa atau semacam je kalau sebut lelaki pergi shopping..betul tak? Rasa seram sejuk je..hehhe.Ok kali ni sebayu nak bincang santai fasal tabiat shopping.Skop kali ni merujuk kepada perbezaan yang ketara tabiat shopping antara lelaki dan perempuan.

Sedia maklum dan azali lagi tabiat membeli belah atau shopping ni memang tidak asing bagi wanita.Bukan semua tetapi itulah hakikatnya.Tambahan pula di musim raya....fuhhhh jalan TAR,Masjid Jamek,PKNS dan sewaktu dengannya menjadi syurga membeli belah.Bersesak-sesak macam bebudak sekolah nak ambil makan MRT (Makanan Rancangan Tambahan).

Tanpa membuang masa,sebayu nak kongsikan perbezaan yang dimaksudkan seperti tajuk di atas:

Lelaki:
  1. Sebelum kaki kiri keluar rumah,diorang dah "set" barang apa nak beli.Siap pakai GPS lagi nak cari tempat nak beli (specific)
Wanita:
  1. Jalan-jalan dulu.Cuci mata,pegang-pegang dulu baru buat pilihan.Pendek kata nak pilih yang terbaik.(Surveyor)
Lelaki:
  1. Kalau dari segi masa,lelaki mesti nak rushing...nak cepat je.Kalau boleh tak nak duduk kat satu tempat tu terlalu lama...berjanggut nanti.
Wanita:
  1. Kalau boleh diorang akan tawaf satu kawasan tu meskipun dah berapa kali pegang kain atau barang tersebut.(satisfaction)
Lelaki:
  1. Segan wei kalau aku bawa banyak2 plastik beg ni...macam minah pulak..hehehe
Wanita:
  1. Ada aku K....hehe.

So tulah sedikit sebanyak yang sebayu nak kongsikan bersama.Papepun tak semua kenyataan di atas lelaki mahupun wanita berpuas hati.Cuma hasil dari pemerhatian dan pengalaman sahaja.Tiada niat untuk mengguriskan mana-mana pihak.Jangan marah ye...nanti kena jual. 


No comments:

Post a Comment