The Pirate Carribean Menyerang Mid Valley


Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm Pirate Of Carribean menyerang Mid Valley??? Wow … betul ke lanun – lanun tersebut menceroboh Mid Valley?. 

Erm gimic semata – mata sahaja. Semalam sebayu ada pergi ke Mid Valley. Lama TAK PERGI Mis,so semalam berbekalkan motor sebayu membelah federal highway selepas solat Asar. Vroooommmm…tak sampai 5 minit dari rumah dah sampai….sekejap je..tapi nak masuk Mid hari Ahad kena UP sikit sebab tol motor RM1.50…hehhe…layan je.

Tengah berjalan jalan di celahan ratusan pengunjung Mid Valley,tetiba sahaja mata sebayu tertarik kepada satu makhluk yang tergantung…waaaaaa…The Black Beard Ship….siap ada kapal yang tergantung tengkoraknya…

SANTAI:BERJENAKA SAMBIL BERGEMBIRA

Assalamualaikum dan salam semalaya.


erk kali ini artikel yang bakal sebayu "post" kan ialah artikel yang dikongsikan bersama oleh rakan sebayu. Artikel ini menarik dan boleh mencuit hati kita. Walaupun penulisan ayatnya atau penggunaan ayat berbahasa pasar dan tidak tersusun,tetapi ini hanyalah sekadar berkongsi cerita lucu.

Kata orang,hidup ini janganlah terlalu serius sehinggakan diri tidak mempunyai kelapangan atau membuat sesuatu aktiviti yang boleh menggembirakan hati. Tetapi janganlah buat aktiviti yang tidak berfaedah pula seperti merempit mahupun sewaktu dengannya. Dahulu seringkali kita membaca majalah atau komik yang memuatkan cerita - cerita lucu.Betulkan? Dalam sedar tak sedar, kita telah menggembirakan hati kita. Sebayu sendiri peminat bagi majalah UJANG,GILA - GILA dan APO. Sekarang agar sukar untuk membacanya kembali keran berlaku perubahan keadaan yang menyebabkan kita tidak berkesempatan untuk menatap majalah tersebut. Tambahan pula kita kini dipengaruhi dengan reality show seperti Raja Lawak,Maharajalawak,Mr bean, .Senario Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan pelbagai lagi. Menarikkan semua program tersebut.

Artikel ini sebayu kongsikan bersama.Ada banyak cerita lucu tetapi sebayu akan post kan dalam blog ini mengikut fasa.

Selamat Membaca...
FASA 1/PART 1::

BELIA. JOM SERTAI HARI BELIA NEGARA 2011-MALAYSIA


Assalamualaikum dan salam semalaya.


Macam biasa,tepat pukul 6:30 am alarm daripada handset express music sebayu akan berbunyi.Erm menandakan “shahril…bangun…solat subuh daaa”…so sebagai umat Islam wajib kita menunaikan solat subuh.Betulkan.

Pukul 7:00am…buka tv ala – ala antik ni.Bukalah Malaysia Hari Ini (MHI).Hari ni si cantik jelita (tetapi pangkat isteri) wardina berganding dengan Ally Iskandar,si jejaka cool. Banyak topik yang dikeluarkan secara ringkas berdasarkan maklumat daripada surat khabar tempatan. Antaranya berita mengenai kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menggemparkan kita.Al –Fatihah kita sedekahkan kepada mereka yang telah pergi dalam kejadian tersebut. Namun, disebalik kejadian tersebut pasti ada hikmahnya.Antaranya Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, 13, dapat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.

Bagi peminat Chelsea pula,maaflah Ancelotti telahpun dipecat. “Kelab bola sepak Chelsea mengesahkan Ancelotti sudah berpisah dengan kelab ini hari ini (awal pagi semalam),” menurut satu kenyataan di laman web Chelsea –(sumber myMetro.online). Apa – apa pun, mungkin dengan kemasukan atau rombakan ini bakal membawa Chelsea ke arah zaman kegemilangan mereka dahulu. 

FILEM:NUR KASIH THE MOVIE TERBAIK.


Assalamualaikum dan salam semalaya.


Sebaik sahaja lampu “NOW SEATING” hall 9,di Berjaya Time Square menyala dengan pantas sebayu dan teman sebayu meluru masuk untuk menyaksikan filem Percintaan Islamik yang tidak sabar untuk ditonton semua orang.Alhamdulillah kami dapat seat atau tempat duduk yang baik.

Nur Kasih The Movie.Dengar nama pun sudah membuatkan hati sesiapa sahaja mahu menontonnya.Mana tidaknya ,drama Nur Kasih menjadi pujaan hati semua masyarakat.Alhamdulillah,ini membuktikan kisak percintaan penuh konflik dan dramatic berversikan Islamic masih diterima dalam hati khalayak panggung wayang.

TERBAIK,MENYENTUH JIWA,USAHA DAN TAWAKAL SERTA PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG.Semua ini ialah kriteria atau moral yang kita boleh lihat dalam Nur Kasih The Movie (NKTM).Bagi sebayu, apa yang penting dalam filem ini ialah kita seharusnya menghargai kasih sayang seseorang selagi orang yang dikasihi itu masih bernyawa dan hidup. 

HALAL HARAM SISTEM PENJANAAN KEWANGAN AUTOMATIK

Assamualaikum dan salam semalaya.


Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Artikel hari ini agak berat nak dibicarakan atau dibincangkan.Tajuknya HALAL HARAM SISTEM PENJANAAN KEWANGAN AUTOMATIK.Dalam menentukan soal halal haram sesuatu pekerjaan mahupun sesuatu program affiliate,sebayu tidaklah begitu arif kerana dalam menentukan halal haram itu terdapat beberapa criteria yang perlu kita lihat.Antaranya produk yang didagangkan,sumber modal,saluran pelaburan,unsur riba mahupun bunga dan pelbagai lagi.

JAWATANKOSONG:KERJA KOSONG MENANTI ANDA!!!

Assalamualaikum dan salam semalaya.

erm sebayu ada menerima email eluang kerjaya ini.Seperti biasa sebayu akan berkongsi bersama anda.Dah dapat maklumat ini jangan pula bersikao nak tak nak je.apply dulu.kalau dapat pergi temuduga dahulu.kemudia bila dah dapat barulah kita berfikir sama ada mahu menerima atau tidak.Jangan bersikap tamak dalam memilih kerja.Memanglah kita mencari peluang kerjaya yang baik dan kena dengan jiwa kita,tetapi kadang - kadang masa atau waktu memaksa kita untuk menerima seadanya dan ini ialah ketentuan Allah sendiri.

jawatan1:
Jabatan kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

SENARAI JAWATAN

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
 
bagaimana nak memohon: Caranya mudah sekali.
Pemohon dikehendaki mengunakan Borang Kemas 1 Pin 2005, Borang ini juga boleh didapati di laman web http://www.kemas.gov.my

Tarikh Tutup : 30 Mei 2011
jawatan 2
Perbadanan Putrajaya:  

SENARAI JAWATAN

[*]
AKAUNTAN W41
[*]
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
[*]
PENOLONG PEMELIHARAAN HUTAN G27
[*]
JURUTEKNIK ELEKTRIK J17 

Tarikh Tutup : 17 & 19 Mei 2011


"SELAMAT MENCUBA"


TAZKIRAH AHAD: DOSA LEBIH BESAR DARI SERIBU KALI ZINA


 Assalamalaikum dan salam semalaya.


erm rasanya dah lama sebayu tak update blog ni.macam dah bersawang pula.tapi kira oklah bersawang daripada ada nyamuk..hehehe.gurau2 sahaja.
erm sebenarnya artikel ini nak dikongsikan jumaat lepas tetapi blog tak boleh nak update kan.so sebayu post sahaja artikel ini pada hari ahad.sekadar berkongsi pembacaan sahaja.

jika salah artikel atau pemahaman,mohon tegur sebayu demi kebaikan bersama.



“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.
(Al-Jumaat: 9)


Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”.
 (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”.
 (HR Muslim)

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

alkisah:
Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.