HALAL HARAM SISTEM PENJANAAN KEWANGAN AUTOMATIK

Assamualaikum dan salam semalaya.


Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Artikel hari ini agak berat nak dibicarakan atau dibincangkan.Tajuknya HALAL HARAM SISTEM PENJANAAN KEWANGAN AUTOMATIK.Dalam menentukan soal halal haram sesuatu pekerjaan mahupun sesuatu program affiliate,sebayu tidaklah begitu arif kerana dalam menentukan halal haram itu terdapat beberapa criteria yang perlu kita lihat.Antaranya produk yang didagangkan,sumber modal,saluran pelaburan,unsur riba mahupun bunga dan pelbagai lagi.
Penentuan Halal atau Haram kita kena selidiki dengan lebih terperinci dahulu. Kadang – kadang kita dapat merasai sama ada sesuatu itu salah atau benar.betul atau tidak? Apa yang penting kita yakin apa yang kita buat tetapi mestilah berlandaskan apa yang diajar dalam Islam.Dewasa kini pelbagai perdagangan melalui teknologi begitu memonopoli pelusuk internet termasuklah facebook dan blog. Perasan atau tidak lihatlah pada bloh yang dipasang dengan pelbagai iklan.Setiap iklan tersebut akan dibayar oleh pengiklan melalui klik dari pembaca setia blog mahupun facebook. Cuma halal atau haram kita kena bertanya pada ustaz atau mereka yang mahir dalam ekonomi Islam.

Contoh sistem penjanaan wang secara automatic:

PENAFIAN: Program Jutawanklik® ini bukanlah Skim Cepat Kaya, Pelaburan, Pembersihan Wang Haram, Kutu Rakyat, MLM atau Skim Piramid yang menyalahi undang-undang negara dan juga hukum syara'. Program ini adalah sebuah program Affiliate PayPerClick. Syarikat mendapat keuntungan dari hasil jualan produk-produk Jutawanklik®. Anda hanya perlu mengiklankan link Jutawanklik® anda dan setiap kali link anda diklik anda akan menerima upah RM0.10sen secara automatik. Anda juga menerima BONUS RM10.00 bagi setiap penyertaan Jutawanklik® melalui link anda secara automatik. Panduan mengiklan lengkap ada disediakan selepas login. Plan Autoiklan juga disediakan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan mengiklan dimana kami akan menguruskan pengiklanan link anda dan berkongsi keuntungan bersama. Tiada sebarang toleransi akan diberikan terhadap sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara dan hukum syara' seperti fitnah, godam, porno, penipuan klik dan juga spam.

AMARAN : Semua maklumat dan keterangan, lesen serta testimoni yang disediakan dilaman web ini adalah diakui benar dan disahkan asli oleh pihak berwajib dimana pemfitnah boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan Suruhanjaya Sekuriti , IT dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mana pemfitnah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pemfitnah boleh dikesan berdasarkan Internet Protocol (IP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika sabit kesalahan, pemfitnah boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Sebayu sengaja hitamkan nama syarikat bertujuan sekadar memberi contoh.Sebayu yakin syarikat ini bersifat amanah dan tidak mengeksploitasi mana-mana peserta atau ahlinya.Keuntungan setiap ahli berdasarkan kepada usaha mereka untuk mempromosikan link mereka bagi menjana pendapatan. Keuntungan ini tidak dilihat sebagai suatu sistme yang bersifat pyramid.Semakin tinggi pangkat atau tahap senior seseorang itu,semakin banyak keuntungan yang diperolehi.Sistem pyramid seolah-olah menindas orang yang berada di bawahnya. Berbeza dengan program yang sebayu nyatakan di atas.Ahli program ini perlu mempromosikan link mereka untuk mendapat keuntungan .1 KLIK bersamaan 10SEN.Apa yang sebayu nampak ialah ahli ini perlu berusaha untuk mendapatkan keuntungan.Sebayu pernah baca artikel mereka.Mereka kadang – kadang membayar sejumlah wang dan mempromosikan iklan link mereka di dada akhbar. Apa yang membuatkan sebayu percaya pada program ini,orang yang melihat link ahli ini tidak diwajibkan untuk membeli produk mahupun dipaksa masuk untuk menyertai program ini.Sekadar melihat link sahaja.
Namun,status HALAL ATAU HARAM itu tidak menjadi titik noktah kerana hal penentuan ini kita kena serahkan pada mereka yang lebih memahami..

Wallahualam

1 Response to "HALAL HARAM SISTEM PENJANAAN KEWANGAN AUTOMATIK"

  1. shahrilsebayu says:
    May 19, 2011 at 8:15 PM

    sekiranya ada sesiapa yang mahir,mohor tunjuk ajar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.