JAWATAN KOSONG: CEPAT,MASIH SEMPAT LAGI

Assalamualaikum dan salam semalaya.

hah tak nak cerita panjang lebar...tengok iklan di bawah dan terus bertindak ok..




Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan perkhidmatan kontrak berikut :-

A) PEGAWAI TADBIR N41
B) PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
C) PEGAWAI PENERANGAN S41
D) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
E) PENOLONG JURUAUDIT W27
F) PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
G) PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
H) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
I) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
J) PEMANDU KENDERAAN R3



Urusetia untuk dihubungi:-
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat SUK Selangor,
Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam
Telefon Am SUK : 03-55447000


http://www.selangor.gov.my

1 Response to "JAWATAN KOSONG: CEPAT,MASIH SEMPAT LAGI"

  1. Anonymous Says:
    April 3, 2012 at 4:37 AM

    jom apply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.