perlambangan kasut untuk manusia

Assalammualaikum dan salam semalaya.


Al kisah,adalah satu hari ni sebayu keluar nak beli kasut.Al maklumlah kasut asyik kena hujan je,so kasut pun dah macam khazanah muzium.Tapak kasut terkoyak da..wuhahaha.

Tanpa membuang masa dan minyak motor,sebayu ajaklah housemate sebayu.Muka beliau perghhh.... sekilas pandang ala - ala Berbatov,pemain Manchester United. Erm nak bangga sebab bawa dia pun taklah bangga sangat sebab... aduhai berat dia bertan tan plak. Mamat ni dah lah tinggi.Berat pula tu.Tapi tak pelah.Janji ada orang yang sudi nak teman sebayu.Alhamdulillah.Thanks Abang Berbatov.

Dipendekkan cerita,sampailah kami ke destinasi. Kedai Kasut Bata. Mak sebayu pesan kalau nak kasut tahan lama,trylah pakai brand BATA. So,sebayu pun memang nak beli kasut buatan BATA. HEHE.BATA pun BATA lah.Janji harga berpatutan dan kualiti pun setanding dengan harganya.

Maka,bermulalah kisah disini.Sembanglah dengan Aunty yang baik lagi peramah ni. Dia kata kasut mana - mana pun kalau asyik kena hujan confirm tak tahan lama.Sebayu senyum jelah. Last - last dapatlah kasut yang terbaik.Kasut yang simple dan harga pun berpatutan juga. Kebanyakan kasut sekarang trend muncung di depan.Dah macam kasut Si Aladdin plak. Sebayu ni simple je. Janji kasut yang dibeli selesa dan simple.Tu je prinsip sebayu.

Sebayu pun pergilah kaunter sebab nak bayarlah.Takkan nak makan plak.hehehe. Tetiba Aunty tu cakap "orang yang suka pakai kasut yang petak di depan sebenarnya orang baik. Orang yang suka pakai kasut muncung - muncung tu selalunya orang yang mulut manis dan sedikit ego".. Erm segan plak dia cakap macam tu sebab sebayu fikir " baik ke aku ni...hahha".

So,dekat sini sebayu belajar yang kebanyakan penjual atau pembeli kasut kena mahir dalam memahami dan mengenakan sesuatu perkara termasuklah dari segi pemakaian dari hujung rambut hingga hujung kaki.Jangan nak pakai ikut sesuka hati je. Sebab tu sekarang ni banyak perkara pelik berlaku. Sekarang ni cuba perhatikan keadaan sekeliling. Perempuan yang mengenakan tudung dan baju yang cantik dan sejuk mata memandang.Tapi bila pandang bawah sikit...aisey....PAHAla plak aku nampak. Mana tak ye, bawah pakai skirt pendek atas lutut dan mengenakan seluar legging je yang nipis tu.Tak pelik ke. Serius, sebayu nampak macam kertas yang balut nangka kat pokok tu. Sebayu pun bukan budak soleh pun cuma nak kongsi je pengalaman mata yang suka memandang ni.Al maklumlah duduk di kota raya yang mengamalkan corak bebas ni.

Erm ni dah lari tajuk plak.Tapi tak pelah,yang penting sesuatu pemakaian tu kenalah pada tempatnya. Mudahkan.


p/s : habis kalau orang tu suka pakai kasut macam trend ni pula macam mana plak?

HEHEHEHE....erm

Ok terima kasih daun keladi,
lain kali jangan menggatal lagi.

Terima kasih daun keladi,
lain kali datanglah lagi,
jangan lupa komen sekali.

0 Response to "perlambangan kasut untuk manusia"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.