KERJA OH KERJA: JAWATAN KOSONG LAGI

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Jom apply :

1)Jawatan kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-
 
Tarikh Tutup : 1 Mac 2012
SENARAI JAWATAN
[*]
PEGAWAI KEBUDAYAAN B41/42
PEGAWAI SAINS C41
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
JURUTERA (MEKANIKAL) J41
PUSTAKAWAN S41
AHLI FOTOGRAFI B27/28
PEREKA B27/28 8
PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
PENOLONG JURUTERA J29
PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29
PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N27
PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27
PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI S27
JURU X-RAY U29
PENOLONG AKAUNTAN W27
ARTIS BUDAYA B17/22
PEREKA B17/22
JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
PEMBANTU PERTANIAN G17
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
TUKANG MASAK 25
NJAGA JENTERA ELEKTRIK
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
PEMBANTU BELIA & SUKAN
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
TUKANG K3 31
PEKERJA AWAM KHAS
PEMANDU KENDERAAN
PEMBANTU AM PEJABAT

Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web http://jobs.umk.edu.my/job/ sepenuhnya.



2)Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.h
 
 Tarikh Tutup : 23 Feb 2012
SENARAI JAWATAN
[*]
 PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
[*]
 EKSEKUTIF AUDIT
[*]
 PEGAWAI PENYIASAT
[*]
 PENGAWAL KESELAMATAN
[*]
 PEMANDU

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG dan SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMOHON yang boleh didapati di laman web, www.mais.gov.my mulai 17 Februari 2012.


 3) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah
 
 Tarikh Tutup : 1 Mac 2012
SENARAI JAWATAN
[*]
 JURUTERA J41
[*]
 JURU UKUR BAHAN J41
[*]
 PEGAWAI KESELAMATAN KP41
[*]
 PEGAWAI TADBIR N41
[*]
 PEGAWAI PERUBATAN UD47
[*]
 PENOLONG JURUTERA J29
[*]
 PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Cara memohon sila rujuk pada http://spj.ummc.edu.my/


Terima kasih kepada peluangkerjaya.com. sebayu hanya paste senarai jawatan tersebut untuk tatapan pengunjung blog rakansemalaya.... sekian.

KERJA OH KERJA: JAWATAN KOSONG LAGI

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Hai semua. Sebayu nak share kan beberapa jawatan kosong untuk mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Tentu anda bertanya kenapalah sebayu rajin sangat nak post mengenai peluang pekerjaan ini.Jawapannya mudah je. Sebayu ada menerima email mengenai peluang pekerjaan dan boleh dikatakan sebayu update lah dengan peluang peluang ini. Maksudnya sebayu mahu berkongsi bersama peluang ini dengan anda. Manalah tahu rezeki kita bermula di sini walaupun pekerjaan ini anda kurang berminat .Tapi tak salahkan kita mencuba. Sebayu berharap dengan perkongsian ini Allah permudahkan lagi urusan kita di dunia dan akhirat. Bukankah tolong menolong itu satu kebajikan yang dituntut dalam Islam. Sama samalah kita berdoa kerana rezeki Allah turunkan menerusi usaha dan doa kita.

JOM APPLY :

[*] PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
[*] KEMENTERIAN LUAR NEGERI 
[*] JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH


 
[1] PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

Tarikh Tutup : 29 Feb 2012
Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 

SENARAI JAWATAN:

[*]PENYUNTING (PASCA PRODUKSI)

[*]PENYUNTING (SINEMA MALAYSIA)

[*]PENULIS (SINEMA MALAYSIA)

[*]PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

[*]JURUTEKNIK KOMPUTER

[*]PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)



CARA MEMOHON


Maklumat Lanjut Layari

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)


[2] KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Tarikh Tutup : 17 Feb 2012

calon - calon yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan sepertimana dibawah:


SENARAI JAWATAN

[*]PENGARAH BAHAGIAN BAHASA (GRED 54)

[*]PEGAWAI BAHASA MANDARIN (GRED 41)



CARA MEMOHON
Maklumat Lanjut Layari

KEMENTERIAN LUAR NEGERI


[3] JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH
 
Dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan membuat pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang akan ditempatkan di Bahagian Pembangunan , JAWI Kuala Lumpur bagi jawatan-jawatan seperti berikut :



kredit diberikan kepada pihak peluangkerjaya .Sebayu kongsikan maklumat ini daripada email mereka.

Sekian...

JODOH: 60 Petua Mendapatkan Pasangan



60 Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

jawatan kosong : Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi ( N17 )

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Hai...berjumpa lagi kita.Sudah lama jugalah sebayu tak update blog rakansemalaya ini. Al maklumlah busy dengan kerja dan kehidupan seharian. Erm sebayu nak kongsikan jawatan kosong yang sebayu baca dari jobmalaysia. Kekosongan 500 untuk seluruh negeri di Malaysia. Jadi sebayu kongsikan di sini. Sementara anda sedang mencari peluang pekerjaan tetap,tak salah kalau kita mencuba jawatan ini. Jangan persoalkan gaji sangat .Yang penting pengalaman kerja dan peluang kita untuk menyumbang tenaga selain mengutip pengalaman bekerja di sektor kerajaan. Jom apply

Berikut maklumat yang boleh sebayu kongsikan :

                              JAWATAN KOSONG

NAMA JAWATAN : Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi ( N17 )
STATUS : Kontrak 3 bulan
BIL KEKOSONGAN : 500 Seluruh Malaysia
WAKTU BEKERJA : Waktu bekerja terpakai yang kepada pegawai awam
GAJI : RM 54.00 sehari, KWSP dan elaun perjalanan
TEMPAT KERJA : Di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri

DISKRIPSI TUGAS :
1) Melaksanakan penghantaran borang penyata National Employment Return (NER) kepada
majikan- majikan swasta di premis perniagaan/kompleks membeli belah/kilang secara
bersemuka (door to door) atau secara pos
2) Bertanggungjawab untuk menerima atau memungut kembali borang penyata
3) Memasukan data-data daripada borang NER yang telah diisi oleh majikan ke dalam komputer
KELAYAKAN / KELULUSAN
1) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa
Inggeris
2) Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
3) Boleh menggunakan computer dengan baik :- MS Office
4) Mempunyai lessen memandu B2 / D
5) Mempunyai kenderaan motosikal atau motokar
6) Boleh bekerja di luar pejabat
CARA MEMOHON
Sila memohon melalui www.jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2012

SEBARKAN PADA RAKAN YANG MEMERLUKAN PELUANG PEKERJAAN TERUTAMA GRADUAN BAHARU