jawatan kosong : Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi ( N17 )

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Hai...berjumpa lagi kita.Sudah lama jugalah sebayu tak update blog rakansemalaya ini. Al maklumlah busy dengan kerja dan kehidupan seharian. Erm sebayu nak kongsikan jawatan kosong yang sebayu baca dari jobmalaysia. Kekosongan 500 untuk seluruh negeri di Malaysia. Jadi sebayu kongsikan di sini. Sementara anda sedang mencari peluang pekerjaan tetap,tak salah kalau kita mencuba jawatan ini. Jangan persoalkan gaji sangat .Yang penting pengalaman kerja dan peluang kita untuk menyumbang tenaga selain mengutip pengalaman bekerja di sektor kerajaan. Jom apply

Berikut maklumat yang boleh sebayu kongsikan :

                              JAWATAN KOSONG

NAMA JAWATAN : Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi ( N17 )
STATUS : Kontrak 3 bulan
BIL KEKOSONGAN : 500 Seluruh Malaysia
WAKTU BEKERJA : Waktu bekerja terpakai yang kepada pegawai awam
GAJI : RM 54.00 sehari, KWSP dan elaun perjalanan
TEMPAT KERJA : Di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri

DISKRIPSI TUGAS :
1) Melaksanakan penghantaran borang penyata National Employment Return (NER) kepada
majikan- majikan swasta di premis perniagaan/kompleks membeli belah/kilang secara
bersemuka (door to door) atau secara pos
2) Bertanggungjawab untuk menerima atau memungut kembali borang penyata
3) Memasukan data-data daripada borang NER yang telah diisi oleh majikan ke dalam komputer
KELAYAKAN / KELULUSAN
1) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa
Inggeris
2) Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
3) Boleh menggunakan computer dengan baik :- MS Office
4) Mempunyai lessen memandu B2 / D
5) Mempunyai kenderaan motosikal atau motokar
6) Boleh bekerja di luar pejabat
CARA MEMOHON
Sila memohon melalui www.jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2012

SEBARKAN PADA RAKAN YANG MEMERLUKAN PELUANG PEKERJAAN TERUTAMA GRADUAN BAHARU

No comments:

Post a Comment