how much my website worth

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Hah tengok tajuk sahaja mesti anda semua cakap " apa bendalah ni?'. Erm sebenarnya post atau artikel blog sebayu kali ini simple sahaja. Ramai dikalangan anda atau blogger mungkin sudah mengetahui mengenai nilai website anda  sekiranya dinilai dari sudut promosi,maklumat, statistik pelawat website anda dan sebagainya. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang pemasaran perniagaan secara online,kaedah atau perkara ini diambil serius bagi merancang strategi pemasaran sesebuah perniagaan. Bayangkan website anda sebagai kedai makan yang bertapak di kawasan yang tiada penghuni,jauh dari manusia dan lebih menyeramkan "berpuaka".Confirm ramai yang tak akan pergi ke kedai makanan anda tersebut. Jadi, samalah fungsi atau keadaanya dengan website anda.

Website yang mempunyai entri,artikel atau informasi yang berguna akan mendapat statistik pelawat yang meningkat dari semasa ke semasa. Bayangkan sekiranya sesebuah organisasi perniagaan yang menjalankan operasi pemasarannya dengan peningkatan jumlah kunjungan pelawat setiap hari. Maka tercapailah objektifnya untuk menyebarkan maklumat mengenai produk atau hasilan organisasi tersebut. MANTAPKAN!.Sedar atau tidak kebanyakan website atau blog yang selalu mendapat statistik pelawat yang tinggi semestinya berkisarkan kepada politik,hiburan,sukan dan isu - isu wanita.

Baiklah sebayu tak nak buang masa pula berceloteh terlalu panjang di sini. Di sini sebayu sharekan link di mana anda boleh membuat penilaian mengenai nilai blog anda atau website anda. Tetapi harus ingat,nilaian yang dibuat oleh website ini hanyalah bergantung atau melihat kepada faktor penyaluran maklumat di website anda, jumlah pelawat, dan faktor - faktor lain. Baca info yang diltakkan di dalam gambar di bawah.

Kita tengok berapakah nilaian website anda.Blog pun boleh juga.. JOOOOM CUBA.

Ada banyak website yang menyediakan aplikasi percuma ini.Tetapi sebayu hanya kongsikan 2 website ini kepada anda.Anda boleh cuba di sini.


1)  bizinformation.com.my  -  bizinformation.com.my







Sekian..... sekadar berkongsi maklumat.

No comments:

Post a Comment