study week

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Erm sekarang ialah masa yang paling menyakitkan mata dan badan untuk mahasiswa dan mahasiswi yang kini berada dalam situasi "study week" .Hah perhatikan betul - betul.Sebayu stress kan words ini "Study Week". Apa maksudnya.Banyak maksud yang boleh sebayu kembangkan di sini .Antaranya :

Untuk student Diploma and First Degree.
  • "bahasa omputih cakap study week maknanya minggu ulang kaji atau buat revision lah oiii. seminggu je kot tempoh nak study sebab exam dah dekat.... jangan duk berangan lagi...wuhaha
  • xpayahlah nak korea sangat time - time macam ni. mana ada korean's week kat U...wuhaha..jangan marah ye
  • adoiiii... orang lain study kaw - kaw,aku kaw - kaw habiskan assignment aku... dulu bagi homework awal..aku kata "rilex dulu".. sekarang memang relax betullll..wuhahaha
  • Study week "apakemende yer" - ni bahasa bawah tanah sikit. Malas ar nak study...STIDO lagi best
  • alahai....tunjuk rajin plak nak study.. (ni panahan paling menjengkelkan bila kawan cakap macam tu kat kita - bengang je.nak kena lemparan buku maut ni mamat ni)
  • jom main bowling,jom makan,jom lepak,jom mengorat...apa - apa jelah korang
  • demam dan batuk - ini situasi normal.
  • manalah nota - nota aku ni....sape amik hah... (orang lain plak kita salahkan-dalam kelas tito)
  • erm apa yang aku tahu...aku jawab jer....kata orang jawapan di hujung pen je... -- memanglah jawapan di hujung pen.takkan kot nak cakap jawapan depan mata atau bawah kerusi - lempang mau
  • Perasan atau tidak cuba lihat arahan di bawah dalam kertas peperiksaan. Ada tertulis - sila lihat sebelah - so korang tengok jelah jawapan dekat kawan sebelah - wuhaha...pas tu exam korang kena gantung-kantoi.
  • usaha + doa + tawakal = dekan dalam tangan,InsyaAllah.
  • (berfikir) - apa plan aku ni pas exam...nak keje?,nak balik kampung?,nak dating?, nak tido?...  - exam belum tapi sesibuk je dah fikir hal lain....tak tahu nak cakap pe daaa....

    Erm macam - macam kan pesoalan dan perkara yang bermain dalam diri kita ketika dalam situasi "study week". Sebayu cerita ini berdasarkan pengalaman sebayu ketika belajar dahulu. Kata orang zaman belajar sangat ceria dan banyak kenangan manis,masam dan masin.Apa - apa pun "good luck" untuk mereka yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang sebab jadual peperiksaan berbeza mengikut IPT atau pusat pengajian lain.

    Sekian...

    No comments:

    Post a Comment