PEMAIN BOLA ISLAM BERTARAF DUNIA

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Sebenarnya sudah lama sebayu mahu mengumpulkan pemain - pemain bola sepak bertaraf dunia yang beragama Islam.Suatu kebanggaan apabila kita salah satu daripada jutaan peminat bola sepak melihat saudara seagama kita bermain setaraf dengan pemain lain yang beragama lain. Sebut sahaja title "Islam", rasa lapang sahaja dada ini terutama apabila pemain bola tersebut menjaringkan gol dan menjadi bahan cerita menarik untuk manusia. Baru - baru ini heboh diperkatakan bahawa Kaka,pemain Real Madrid telak memeluk agama Islam. Sejauh mana kebenarannya Wallahualam. Tetapi bagi sebayu semestinya sebayu mahu melihat dia memeluk Islam. Ini membuktikan Islam mendapat perhatian daripada masyarakat dunia. Kini dunia sendiri melihat kebenaran Islam tersebut.



Artikel kali ini sebayu sahaja nak berkongsi lima pemain Islam yang berada dalam sebuah kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid. Lima permain tersebut ialah  :





 Karim Benzema


 Hamid Altintop

 Sami Khedira

 Mesud Ozil

Nuri Sahin
Bagi anda tidak tahulah anda bangga atau tidak.Tetapi bagi sebayu ,sebayu sangat bangga dengan adanya pemain bola sepak bertaraf dunia ini yang merupakan saudara Islam kita. Sering kali kita melihat pemain berbakat besar dan Pemain Terbaik Dunia 2012 ,Lionel Messi menjaringkan gol,dia akan membuat perbuatan salib tanda syukur. Kan Lebih bagus kalau pemain seperti Benzema apabila menjaringkan gol membuat perbuatan seperti berdoa tanda syukur atau "amin".  Mesti best. Apa apa pun semoga lebih banyak pemain bola bertaraf dunia memeluk Islam kerana cara ini juga sebenarnya merupakan satu dakwah. Jangan menafikan sekiranya ada segolongan peminat sanggup mengikuti apa sahaja gerak geri idola mereka dalam kehidupan seharian terutamanya membabitkan agama atau pegangan hidup.

Sekian

No comments:

Post a Comment