how much my website worth

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Hah tengok tajuk sahaja mesti anda semua cakap " apa bendalah ni?'. Erm sebenarnya post atau artikel blog sebayu kali ini simple sahaja. Ramai dikalangan anda atau blogger mungkin sudah mengetahui mengenai nilai website anda  sekiranya dinilai dari sudut promosi,maklumat, statistik pelawat website anda dan sebagainya. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang pemasaran perniagaan secara online,kaedah atau perkara ini diambil serius bagi merancang strategi pemasaran sesebuah perniagaan. Bayangkan website anda sebagai kedai makan yang bertapak di kawasan yang tiada penghuni,jauh dari manusia dan lebih menyeramkan "berpuaka".Confirm ramai yang tak akan pergi ke kedai makanan anda tersebut. Jadi, samalah fungsi atau keadaanya dengan website anda.

Website yang mempunyai entri,artikel atau informasi yang berguna akan mendapat statistik pelawat yang meningkat dari semasa ke semasa. Bayangkan sekiranya sesebuah organisasi perniagaan yang menjalankan operasi pemasarannya dengan peningkatan jumlah kunjungan pelawat setiap hari. Maka tercapailah objektifnya untuk menyebarkan maklumat mengenai produk atau hasilan organisasi tersebut. MANTAPKAN!.Sedar atau tidak kebanyakan website atau blog yang selalu mendapat statistik pelawat yang tinggi semestinya berkisarkan kepada politik,hiburan,sukan dan isu - isu wanita.

Baiklah sebayu tak nak buang masa pula berceloteh terlalu panjang di sini. Di sini sebayu sharekan link di mana anda boleh membuat penilaian mengenai nilai blog anda atau website anda. Tetapi harus ingat,nilaian yang dibuat oleh website ini hanyalah bergantung atau melihat kepada faktor penyaluran maklumat di website anda, jumlah pelawat, dan faktor - faktor lain. Baca info yang diltakkan di dalam gambar di bawah.

Kita tengok berapakah nilaian website anda.Blog pun boleh juga.. JOOOOM CUBA.

Ada banyak website yang menyediakan aplikasi percuma ini.Tetapi sebayu hanya kongsikan 2 website ini kepada anda.Anda boleh cuba di sini.


1)  bizinformation.com.my  -  bizinformation.com.my







Sekian..... sekadar berkongsi maklumat.

PEMAIN BOLA ISLAM BERTARAF DUNIA

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Sebenarnya sudah lama sebayu mahu mengumpulkan pemain - pemain bola sepak bertaraf dunia yang beragama Islam.Suatu kebanggaan apabila kita salah satu daripada jutaan peminat bola sepak melihat saudara seagama kita bermain setaraf dengan pemain lain yang beragama lain. Sebut sahaja title "Islam", rasa lapang sahaja dada ini terutama apabila pemain bola tersebut menjaringkan gol dan menjadi bahan cerita menarik untuk manusia. Baru - baru ini heboh diperkatakan bahawa Kaka,pemain Real Madrid telak memeluk agama Islam. Sejauh mana kebenarannya Wallahualam. Tetapi bagi sebayu semestinya sebayu mahu melihat dia memeluk Islam. Ini membuktikan Islam mendapat perhatian daripada masyarakat dunia. Kini dunia sendiri melihat kebenaran Islam tersebut.



Artikel kali ini sebayu sahaja nak berkongsi lima pemain Islam yang berada dalam sebuah kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid. Lima permain tersebut ialah  :





 Karim Benzema


 Hamid Altintop

 Sami Khedira

 Mesud Ozil

Nuri Sahin
Bagi anda tidak tahulah anda bangga atau tidak.Tetapi bagi sebayu ,sebayu sangat bangga dengan adanya pemain bola sepak bertaraf dunia ini yang merupakan saudara Islam kita. Sering kali kita melihat pemain berbakat besar dan Pemain Terbaik Dunia 2012 ,Lionel Messi menjaringkan gol,dia akan membuat perbuatan salib tanda syukur. Kan Lebih bagus kalau pemain seperti Benzema apabila menjaringkan gol membuat perbuatan seperti berdoa tanda syukur atau "amin".  Mesti best. Apa apa pun semoga lebih banyak pemain bola bertaraf dunia memeluk Islam kerana cara ini juga sebenarnya merupakan satu dakwah. Jangan menafikan sekiranya ada segolongan peminat sanggup mengikuti apa sahaja gerak geri idola mereka dalam kehidupan seharian terutamanya membabitkan agama atau pegangan hidup.

Sekian

words kepada pdf

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Hah kali ini sebayu nak kongsikan sedikit ilmu yang sebayu dapat selama sebayu bertapa di gunung cempedak..Wuhaha... sebayu gurau sahaja.Jangan marah ye.

Baru - baru ini adalah seorang hamba Allah iaitu rakan sebayu sendiri yang sekarang bakal menggenggam segulung ijazah (master). Nak dijadikan cerita semua thesis yang dikena buat kena convert kepada file pdf atau bahasa mudahnya pensyarah dia nak thesis dia disimpan dalam bentuk cakera liut (disc) dalam bentuk pdf. Jadi sahabat sebayu ini tak ada software untuk tukarkan file word kepada pdf. Kalau download dekat internet,semua seuruh "buy" dan paling meyedihkan kalau ada trial pun aduhai.... memang trial betul sebab bila di convert kan word kepada pdf memang menjadi tetapi ada background pula 'please purchase this license at www..blah...".. memang trial betul.MANTAP.
Sebenarnya mudah sahaja. Sebayu berfikir juga lebih baik sebayu kongsikan apa yang sebayu tahu kepada anda. Tetapi hakikatnya semua dah tahu word boleh convert kepada pdf. Cuma kat sini sebayu nak kongsi kepada mereka yang tidak tahu sahaja.Harap Maklum***

Dibawah ini sebayu telah mudahkan dengan turutan gambar. Anda hanya perlu melihat dan ikut apa yang ditunjukkan dalam gambar. Sebab apa sebayu menggunkan gambar. Alasannya mudah sekali. Pengajaran dalam bentuk imej atau ilustrasi lebih baik berbanding lisan.Tetapi lebih baik seandainya lisan + ilustrasi digabungkan.Tetapi di sini hanyalah info biasa. Tengok gambar ini sahaja anda sudah faham. Jom. Pastikan anda ada perisian Microsoft Words 2007.
Langkah pertama (1) :




Langkah kedua (2) :

 Langkah ketiga (3) :

jangan lupa tekan "run" selepas download.File kecil sahaja.

Langkah keempat (4) :



Hah kan mudah. Selepas ini kalau nak convert word kepada pdf mudah sahaja kan. 

Sekian terima kasih.

wassalam

study week

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Erm sekarang ialah masa yang paling menyakitkan mata dan badan untuk mahasiswa dan mahasiswi yang kini berada dalam situasi "study week" .Hah perhatikan betul - betul.Sebayu stress kan words ini "Study Week". Apa maksudnya.Banyak maksud yang boleh sebayu kembangkan di sini .Antaranya :

Untuk student Diploma and First Degree.
  • "bahasa omputih cakap study week maknanya minggu ulang kaji atau buat revision lah oiii. seminggu je kot tempoh nak study sebab exam dah dekat.... jangan duk berangan lagi...wuhaha
  • xpayahlah nak korea sangat time - time macam ni. mana ada korean's week kat U...wuhaha..jangan marah ye
  • adoiiii... orang lain study kaw - kaw,aku kaw - kaw habiskan assignment aku... dulu bagi homework awal..aku kata "rilex dulu".. sekarang memang relax betullll..wuhahaha
  • Study week "apakemende yer" - ni bahasa bawah tanah sikit. Malas ar nak study...STIDO lagi best
  • alahai....tunjuk rajin plak nak study.. (ni panahan paling menjengkelkan bila kawan cakap macam tu kat kita - bengang je.nak kena lemparan buku maut ni mamat ni)
  • jom main bowling,jom makan,jom lepak,jom mengorat...apa - apa jelah korang
  • demam dan batuk - ini situasi normal.
  • manalah nota - nota aku ni....sape amik hah... (orang lain plak kita salahkan-dalam kelas tito)
  • erm apa yang aku tahu...aku jawab jer....kata orang jawapan di hujung pen je... -- memanglah jawapan di hujung pen.takkan kot nak cakap jawapan depan mata atau bawah kerusi - lempang mau
  • Perasan atau tidak cuba lihat arahan di bawah dalam kertas peperiksaan. Ada tertulis - sila lihat sebelah - so korang tengok jelah jawapan dekat kawan sebelah - wuhaha...pas tu exam korang kena gantung-kantoi.
  • usaha + doa + tawakal = dekan dalam tangan,InsyaAllah.
  • (berfikir) - apa plan aku ni pas exam...nak keje?,nak balik kampung?,nak dating?, nak tido?...  - exam belum tapi sesibuk je dah fikir hal lain....tak tahu nak cakap pe daaa....

    Erm macam - macam kan pesoalan dan perkara yang bermain dalam diri kita ketika dalam situasi "study week". Sebayu cerita ini berdasarkan pengalaman sebayu ketika belajar dahulu. Kata orang zaman belajar sangat ceria dan banyak kenangan manis,masam dan masin.Apa - apa pun "good luck" untuk mereka yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang sebab jadual peperiksaan berbeza mengikut IPT atau pusat pengajian lain.

    Sekian...

    Tsunami di kaki langit

    Assalamualikum dan salam semalaya.

    Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk melihat keindahan dunia yang sementara ini. Pejam celik pejam celik kita sudahpun membuka halaman muka surat 2 untuk tahun 2012 ( 02/01/2012). Apa perasaan yang tersemat di hati saudara dan saudari ketika ini. 

    Sebayu mengandaikan antara perkara yang tersemat dalam hati  ialah:
    1. bilalah aku nak kahwin?
    2. dah tua pun aku... 
    3. orang lain dah pakai kereta..aku bila pula
    4. alahai kerja....sampai bila nak kerja kat sini...bila SPA nak panggil aku kerja ni?
    5. bilalah nak dapat gaji mahal ni.... gaji sekarang ala kadar je
    6. bilalah nak dapat awek/pakwe cun melecun ni....?
    7. tahun baru ni aku berazam nak kumpul duit banyak2.aku nak tunaikan impian aku nak beli barang pilihan aku.kalau boleh nak melancong ke luar negara..yahooo

    Tetapi berapa ramai pula yang berfikir sedemikian rupa:
    1. Bilalah aku nak belajar bertaubat... iman aku ni cepat goyah dengan nafsu serakah ni
    2. ARMAGEDDON 2012,petanda kecil dan besar,planet nabiru nak langgar bumi... Ya Allah...adakah aku kini berada di penghujung zaman... sempatkah aku mahu bertaubat ini.
    3. Ya Allah... aku mahu mulakan hidup baru dengan azam baru bahawa aku mahu mendekati -Mu
    4. Tahun baru ni akan aku jadikan titik permulaan dalam menjadi khalifah bumi yang soleh/solehah
    5. aku perlu memperbaik kedudukan aku sekarang. Aku sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda agar golongan belia seperti aku tidak mensia siakan hidup mereka. Aku perlu membantu mereka dan mereka pula akan membantu aku jua.
    6. Sudah cukupkah amalan aku yang tertulis dalam buku amalan aku hingga kini?


    Banyak lagi persoalan yang bermain main di dalam pemikiran mentah kita. Kita tidak tahu apakah yang berlaku dalam tahun baru ini. Pelbagai teori saintis dan ramalan manusia mengenai kehancuran bumi dalam tahun 2012 ini.Sejauh mana kebenarannya hanya Pencipta iaitu Allah swt yang mengetahui juga.

    Sebayu mahu kongsikan kepada anda fenomena ganjil yang berlaku di birmigham. Kuasa Allah Maha Agung dan tidak sesiapa pun yang mampu menentang - Nya apatah lagi meragui akan kekuasaan-Nya. Kalau dahulu kita di kejutkan dengan peristiwa tsunami yang berlaku akibat gempa bumi atau pergerakan permukaan bumi dalam dasar laut yang menyebabkan gelombang ombak besar. Tetapi kali ini tsunami berlaku di langit. Perhatikan gambar dan video ini. 








    Adakah ini petanda - petanda bahawa kita berada di penghujung dunia.Adakah KIAMAT sudah menghampiri kita?
    sumber diambil dari : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2076755/Giant-tsunami-shaped-clouds-Alabama-Incredible-wave-clouds.html