FRASER HILL

Assalamualaikum dan salam semalaya

Fuhh ....lama tak update blog ni...dah bersawang kot...sampai officemate tegur,'tak update blog ke?'. Erm sebayu senyum je.Seganlah sebab blog ni tak aktif sangat.Sekadar menulis apa yang rasa nak tulis.

Erm baru-baru ni geng LC sebayu ada buat konvoi ke Fraser Hill.Dah lama sangat nak join group macam ni tapi alhamdulillah hasil perbincangan dengan seorang bikers kental (budak superbike) wujud juga group ni..

So...antara yang boleh dikongsi...








3 PERBEZAAN UTAMA TERHADAP GAYA "SHOPPING" LELAKI DAN WANITA.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm hah..masih membeli belah ke cik adik dan cik abang oiiii....oppsss cik abang pun kena shopping ke?

Kekadang rasa kurang selesa atau semacam je kalau sebut lelaki pergi shopping..betul tak? Rasa seram sejuk je..hehhe.Ok kali ni sebayu nak bincang santai fasal tabiat shopping.Skop kali ni merujuk kepada perbezaan yang ketara tabiat shopping antara lelaki dan perempuan.

Sedia maklum dan azali lagi tabiat membeli belah atau shopping ni memang tidak asing bagi wanita.Bukan semua tetapi itulah hakikatnya.Tambahan pula di musim raya....fuhhhh jalan TAR,Masjid Jamek,PKNS dan sewaktu dengannya menjadi syurga membeli belah.Bersesak-sesak macam bebudak sekolah nak ambil makan MRT (Makanan Rancangan Tambahan).

Tanpa membuang masa,sebayu nak kongsikan perbezaan yang dimaksudkan seperti tajuk di atas:

Lelaki:
  1. Sebelum kaki kiri keluar rumah,diorang dah "set" barang apa nak beli.Siap pakai GPS lagi nak cari tempat nak beli (specific)
Wanita:
  1. Jalan-jalan dulu.Cuci mata,pegang-pegang dulu baru buat pilihan.Pendek kata nak pilih yang terbaik.(Surveyor)
Lelaki:
  1. Kalau dari segi masa,lelaki mesti nak rushing...nak cepat je.Kalau boleh tak nak duduk kat satu tempat tu terlalu lama...berjanggut nanti.
Wanita:
  1. Kalau boleh diorang akan tawaf satu kawasan tu meskipun dah berapa kali pegang kain atau barang tersebut.(satisfaction)
Lelaki:
  1. Segan wei kalau aku bawa banyak2 plastik beg ni...macam minah pulak..hehehe
Wanita:
  1. Ada aku K....hehe.

So tulah sedikit sebanyak yang sebayu nak kongsikan bersama.Papepun tak semua kenyataan di atas lelaki mahupun wanita berpuas hati.Cuma hasil dari pemerhatian dan pengalaman sahaja.Tiada niat untuk mengguriskan mana-mana pihak.Jangan marah ye...nanti kena jual. 


6 SEBAB LELAKI TAK SUKA PAKAI HELMET



Asalammualaikum dan salam semalaya

Erm topic kali ni dah lama gila sebayu nak post.Ini FAKTA bukan AUTA taw….hehehe.Fakta ini hasil penyelidikan sebayu tanpa di sponsor oleh mana-mana pihak.Kelas gitu.Tapi kalau nak dijadikan sebagai bahan penyelidikan atau thesis pun boleh kot..hehe

OK.Kat sini sebayu nak kongsikan 6 alasan dan sebab musabab mengapa lelaki tak suka pakai helmet @ topi keledar.Kalau dia pakai pun sebab abang polis nun di hadapan tengah menunggu untuk diperiksa.Jom

  • 1    Kalau pakai topi keledar lama-lama,alahai habislah remos rambut aku..bukan senang nak wat pacak-pacak ini ala neymar.
  • 2.     Kalau bela haiwan ternakan seperti kutu dan sekaum dengannya…fuhhh gatal tahap gabanlah…macam nak campak je topi keledar dan guling-guling garu kepala…
  • 3.   Pakai helmet tak encem lah…sebab muka aku bulat..pakai helmet macam muka tak mandi je…dah lah helmet tak da visor…macam apek lah..
  • 4.      Helmet aku kena curilah!!!! buka saje-saje je tak nak pakai helmet….aku lempang kan!
  • 5.      Semalam hujan…helmet aku jadi kolam renang…tak sempat plak nak jemur…bau dah macam bau belacan.
  • 6.      Ikut suka akulah nak pakai atau tak… ada aku KISAH.

Erm sebenarnya banyak lagi alasan dan sebab yang selalu kita dengar .Betul tak.Ada yang pakai tapi tali keledar pula tak ketat.Orang yang memakai helmet tanpa tali keledar ibarat macam tak pakai topi keledar.Kalau dah tak nak pakai,banyak je alasan diberi.Untuk pengetahuan bersama,undang-undang mewajibkan kita memakai helmet atau topi keledar untuk keselamatan nyawa kita.Kita diwajibkan untuk menjaga nyawa kita sendiri.Pemakain helmet atau topi keledar ialah alternatif dalam mengurangkan atau mengelakkan berlakunya kecederaan pada kepala kita berikutan bahagian kepala sangat sensitif terhadap sebarang hentakan .

Bagi umat Islam,kita disarankan untuk membaca doa naik kenderaan.Jom baca.Semoga setiap perjalanan harian kita diredhai Allah dan selamat daripada sebarang musibah.


p/s: Magneto pun pakai helmet..anda bagaimana?

SALAM RAMADAN 2013.

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt berikutan sehingga saat ini kita masih bernafas dan melihat kebesaaran Allah di bumi bertuah Malaysia ini.Moga Allah panjangkan umur kita untuk menempuh Ramadan yang penuh barakah ini.

Jika ditempat kerja kita seringkali dinasihatkan dan diperingat selalu akan KPI (key performance indicator) atau sasaran kerja kita.Tetapi bagaimana pula dalam soal agama? Adakah wujudnya KPI dalam agama kita? Bagi pendapat saya...WAJIB ADA.Mengapa?.Dengan adanya sasaran atau  target ini,maka kita semestinya mahu mencapai apa yang kita rancangkan.Betul tak?.

Jadi,Ramadan kali ini gunakan sebaik mungkin.Untuk Ramadan kali ini,pastikan kita telah letakkan sasaran kita.Maksudnya apa yang mahu kita mahu lakukan. KPI Ramadan 2013 anda tentukan.Penilai bagi KPI kita ialah Allah swt. Jadi rancang sebaik mungkin.Mungkin sebahagian anda bertekad mahu ke masjid mengerjakan solat terawih setiap malam,ada yang nak bersedekah lebih daripada bula-bulan biasa,ada yang tekad mahu khatam Al-Quran dan pelbagai lagi.Rajin-rajinlah membaca kelebihan bulan-bulan dalam Islam terutama bulan Ramadan.

Salam Ramadan.

HEDONOMETER



Hedonometer - US researchers say they have come up with such a tool, called a "hedonometer," which is effectively a happiness sensor. - text by TheMalaymail.

Menarikkan.Rasanya pensyarah media dan komunikasi patut buat kajian mengenai Hedonometer.Menarik dan sesuatu yang baharu patut dikongsi bersama.

BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT?


UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.


DIAM-DIAM SUDAH!!!.

GWIYOMI PALING COMEL

Assalammualaikum dan salam semalaya.


Hah berjumpa lagi.Erm lama jugalah sebayu tak update blog ni.Macam dah usang je.Nasib baiklah free je.Kalau berbayar...alahai rugi macam tu je....


Erm fenomena Gwiyomi makin menjadi-jadi.Betul atau tidak?.Hah kan bawah ni sebayu nak share Gwiyomi yang selalu disebut-sebut. Jom tengok




Hah dah tengok... oklah tu.Tapi AWAS.... ada yang lebih cun daripada video di atas.Jom tengok awek cun paling meletop kot....(erm yeke)...hehehe.


fuh seram sejuk kalau aku tengok video ni...hehehe.Apa -apa its fun.ok.

CARA PAKAI TIE

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Fuhhh...sebut fasal tie ni aduhai....jadi mat skema lah pulak...tapi tak pe.Dah datang ke sini confirmlah nak tahu cara pakai tie dengan baik.Kalau tak buat pe pergi search cari cara nak pakai tie.Erm tie atau bahasa melayu dikenali sebagai tali leher.Dipakaikan khas untuk lelaki bagi pemakaian yang formal.Tapi ada juga trend sekarang yang gunakan tie sebagai eksesori tambahan atau pemikat jiwa...Apa-apa pun terserahlah pada si pemakainya.

Honestly,sebayu pun macam hampeh kalau bab-bab pakai tie ni.Erm mungkin anda pernah tengok ada rakan-rakan anda ATAUPUN anda sendiri (termasuklah sebayu) yang menggunakan tie yang telah siap dibuat balutannya.Officemate sebayu sendiri secara terus terang dengan touchlightnya menyatakan bahawa tie yang dia pakai ni tidak pernah dibuka sejak dia berada di UUM lagi...perghhh aku ni kena temberang dengan dia ke atau dia ni saje je nak sedapkan cerita...ermmm ikutlah.

Terserahlah pada pemakainya...hehehe. Bagi sebayu,jika tie itu sudah menjadi kepeluan dalam kehidupan bekerja,maka pakailah sebab itu sudah termaktud dalam peraturan kerja di tempat anda bekerja.Pemakaian tie ini hanyalah untuk menunjukkan etika kerja kita atau untuk mencerminkan imej organisasi tempat kita mencari rezeki yang halal.Betul tak?

So,sebayu adalah cari video untuk pemakain tie/tali leher ini.Bukan apa,takkan nak tulis pula kat sini cara nak pakai tie.Tak effisien pula.Maka,selamat menonton.



SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Salam Maulidur Rasul.Selawat junjungan ke atas Nabi Allah,Muhammad S.A.W.Maka,pada hari ini hendaklah kita memperbanyak selawat ke atas junjungan Nabi yang kita cintai.Bukan bermakna hari ini sahaja kita selawat,namun harus kita amalkan atau praktikkan pada setiap hari selagi kita masih bernyawa.Banyak kelebihan yang kita akan peroleh daripada selawat itu sendiri.

Banyak manfaat yang kita akan peroleh daripada selawat.Berikut sebayu kongsikan kelebihan berselawat mengikut hadith -hadith yang sering dikatakan oleh para pendakwah (sebayu kongsikan daripada beberapa blog yang sebayu rasa boleh kita baca bersama).

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]