Assalamualaikum dan Salam Semalaya.
Trigger.
Apakah yang anda faham mengenai TRIGGER?
Baik saya jelaskan dalam bahasa mudah. Pernah tak main pistol mainan.Untuk melepaskan tembakan,kita perlu tekan "picu" betul. Bila picu ditekan,maka berlaku letupan/peluru dilepaskan.
So konsep atau pemahaman sama yang bagi maksud trigger. Hal ini bermaksud TRIGGER ni lebih kepada perkara/sesuatu atau perasaan yang menyebabkan anda teringat dan mendorong anda untuk melakukan perkara tersebut.mudahkan.
Contoh dalam konteks penagih dadah. Ali seorang penagih dadah yang cuba untuk melepaskan diri daripada kembali mengambil dadah. Satu hari dia kembali ke kampung halaman dia.Dalam perjalanan ke rumahnya,dia melalui satu tempat yang satu ketika dahulu menjadi "port" atau sarang dadahnya. Dalam perjalanan pulang,dia terserempak pula dengan rakan sebayanya yang masih aktif menagih dadah.Ali terus pulang ke rumah tanpa berkata apa -apa. Sampai di rumah, dia menolong ibunya untuk makan ubat (kita andaikan ibunya seorang pesakit diabetis yang memerlukan suntikan insulin).Untuk itu Ali akan bantu ibunya untuk membuat suntikan insulin (ada jarum di situ). Sepanjang bercuti di kampung, Ali akan kebosanan kerana tiada kerja atau perkara yang dia boleh buat.